Rabu, 22 Ogos 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Galloway tampil bela Assange

Posted: 21 Aug 2012 09:59 AM PDT

LONDON: Ahli Parlimen yang disegani ramai, George Galloway, mempertahankan Julian Assange dengan mendakwa pengasas WikiLeaks itu tidak sepatutnya didakwa atas kesalahan merogol di Sweden.

Menurut Galloway, sebaliknya Assange hanya wajar didakwa kerana "etika seksual buruk." Dalam kenyataannya semalam, Ahli Parlimen Bradford Barat itu berkata, dia tidak dapat mempercayai dua wanita yang mengaku dirogol Assange.


"Walaupun dakwaan dua wanita itu 100 peratus benar dan ditambah dengan rakaman kamera di dalam bilik berkenaan, ia tidak menjadikan insiden itu sebagai kes rogol - sekurang-kurangnya kejadian rogol sebagai yang sesiapa kenali," katanya.

Dalam penghakiman Mahkamah Agung, hakim paling kanan di Britain berkata, dakwaan ke atas Assange, 41, dalam waran tangkap dikeluarkan Eropah boleh dianggap sebagai kes rogol.


Seorang daripada wanita yang membuat aduan itu mengaku melakukan hubungan seks dengan Assange secara rela pada Ogos 2010.


Bagaimanapun, kata wanita itu, dia terjaga keesokan harinya apabila mendapati sedang berasmara dengan Assange tanpa menggunakan kondom.

Kata Galloway, insiden itu tidak boleh dianggap rogol kerana kedua-dua mereka melakukan hubungan seks sebelum itu.


"Ia mungkin sangat tidak beradab apabila Assange tidak menepuk bahu wanita terbabit dan meminta izin berasmara sekali lagi," katanya.

Menurut Galloway, walaupun dianggap tidak senonoh ia tidak boleh dianggap kejadian rogol.


"Kecuali anda benar-benar ketiadaan makna sebenar rogol," katanya.


Malam kelmarin, seorang penyokong Assange mencetuskan kemarahan apabila menyiarkan nama seorang daripada 'mangsa' Assange dalam siaran program BBC.


Bekas Duta Britain ke Uzbekistan, Craig Murray, 53, menyebut nama wanita terbabit dua kali dalam program berkenaan sebelum ditegur pengacara, Gavin Esler. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012


Isteri nafi Scott alami kanser kronik

Posted: 21 Aug 2012 09:57 AM PDT

LOS ANGELES: Sejurus selepas media melaporkan Tony Scott mengalami kanser yang serius sehingga mendorong dia membunuh diri kelmarin, ahli keluarganya tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Akhbar Los Angeles Times mengesahkan waris Scott memberitahu pejabat koroner bahawa pengarah berusia 68 tahun itu tidak menghidap kanser otak atau sebarang penyakit kronik lain.


Ketua Pejabat Koroner Los Angeles, Craig Harver, berkata ahli keluarga Scott menafikan laporan awam mendakwa pengarah itu menghidap masalah kesihatan. Sebuah laman sesawang hiburan pula melaporkan, isteri Scott, Donna, mengesahkan kesihatannya berada di tahap memuaskan dan dakwaan mengenai kanser itu "palsu sepenuhnya." Semalam, ABC News melaporkan, Scott membunuh diri dengan melompat dari Jambatan Vincent Thomas bagi mengelak ahli keluarganya terseksa melihat detik kematiannya. Beberapa jam kemudian, ABC News menarik balik laporan berkenaan. Sumber berkata, laporan awal bedah siasat juga tidak mengesan sebarang kewujudan kanser pada mayat Scott, walaupun ujian lanjut masih diperlukan bagi mengesahkan keputusan itu. Sementara itu, abang pengarah terbabit, Ridley Scott, menangguhkan penggambaran filem terbarunya dan segera terbang dari London ke Los Angeles untuk bersama keluarga adiknya. Kematian Scott berlaku beberapa minggu selepas dia dilihat menahan kesakitan ketika meninggalkan restoran di Beverly Hills.

Dia pernah menghidap kanser sebelum ini. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 22/08/2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan