Sabtu, 7 Julai 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kastam Hong Kong rampas kokain RM311 juta

Posted:

Kastam Hong Kong rampas kokain RM311 juta

GAMBAR menunjukkan kokain yang dirampas dipamerkan kepada wartawan pada sidang akhbar di Jabatan Kastam dan Eksais di Hong Kong semalam.


HONG KONG - Beberapa pegawai Kastam Hong Kong semalam menyatakan bahawa mereka berjaya membuat rampasan dadah kokain paling besar di pulau ini.

Para pegawai itu yang mendapat maklumat daripada kastam Amerika Syarikat (AS) merampas 650 kilogram dadah kokain dengan nilai pasaran sebanyak AS$98 juta (RM311 juta) di dalam sebuah kontena kapal.

Kontena itu dibawa dari Ecuador dengan sebuah trak.

Trak itu dalam perjalanan ke sebuah kawasan industri di daerah New Territories pada Rabu lalu.

Pihak kastam memintas trak tersebut dan menahan tiga orang lelaki tempatan termasuk seorang pemandu.

"Ia merupakan rampasan kokain terbesar pernah dilakukan di Hong Kong," kata Ketua Biro Siasatan Dadah Kastam, John Lee kepada wartawan.

Menurutnya, para pegawai menemui 22 beg yang mengandungi 541 kepingan kokain dan setiap kepingan seberat 1.2 kilogram.

Lee berkata, dia percaya kebanyakan kokain itu akan dihantar ke negara-negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun dia menafikan bahawa Hong Kong merupakan laluan transit bagi penyeludupan dadah. - AFP

Bieber masih bercinta dengan Gomez

Posted:

Bieber masih bercinta dengan Gomez

LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Justin Bieber dan Selena Gomez masih menjadi pasangan kekasih tetapi pernah bergaduh besar, lapor laman hiburan TMZ kelmarin.

Satu sumber membuat pendedahan itu di laman tersebut selepas terdapat pelbagai spekulasi tentang hubungan mereka.

Hubungan Bieber, 18, dan Gomes, 19, pernah retak beberapa kali sebelum ini.

Kedua-dua mereka menjadi kekasih kira-kira setahun setengah.

Gomez kekal dengan imejnya sebagai penyanyi yang tidak dilanda kontroversi.

Bagaimanapun, Bieber mungkin akan dipenjarakan jika dia didapati bersalah dalam kes pergelutan dengan seorang jurugambar. - Agensi

Penduduk lancar kempen berpakaian sopan

Posted:

Penduduk lancar kempen berpakaian sopan

DUA wanita berjalan dekat papan tanda yang meminta pembeli-belah berpakaian sopan di sebuah pusat beli-belah di Dubai pada 25 Jun lalu.


ABU DHABI - Dua wanita di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengetuai kempen di laman Twitter bagi mencari cara untuk menangani peningkatan bilangan golongan Hawa memakai seluar pendek di pusat beli-belah di negara ini.

Kempen itu dimulakan oleh seorang wanita, Asma al-Muhairi, 23, yang pernah terserempak dengan dua wanita asing yang memakai seluar terlalu pendek di sebuah pusat beli-belah di UAE.

"Ketika saya pergi ke sebuah pusat beli-belah, saya menyaksikan dua wanita asing memakai (seluar) yang saya tidak boleh anggap sebagai seluar pendek. Ia ialah seluar dalam," katanya yang merupakan seorang pekerja dalam bidang pemasaran.

"Kenapa ia (pemakaian seluar pendek) berterusan. Kenapakah ia berlaku di dalam pusat beli-belah? Saya melihat kanak-kanak di sekitar pusat itu," katanya.

Asma yang gagal untuk meminta pihak pengurusan pusat beli-belah campur tangan dalam isu tersebut kemudian bertindak menyuarakan pandangannya di Twitter bersama dengan seorang lagi wanita, Hanan al-Rayes pada Mei lalu.

Kebimbangan mereka itu mendapat banyak reaksi balas daripada pengguna laman tersebut.

Kedua-dua wanita itu kemudian melancarkan kempen di laman tersebut yang dikenali sebagai @UAEDressCode yang bertujuan mencari cara bagi memerangi peningkatan bilangan wanita memakai pakaian singkat dan seluar pendek di pusat beli-belah.

Kempen itu ketika ini mempunyai lebih 3,000 pengikut. - AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan