Sabtu, 7 Julai 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Dipecat kerana mekap berlebihan

Posted: 06 Jul 2012 09:42 AM PDT

LONDON: Seorang pekerja hospital yang dibuang kerja kerana memakai terlalu banyak mekap berikrar untuk tidak mengubah penampilannya untuk sesiapa pun.

Francine Siddaway, 28, dipecat daripada kerja tukang cuci dengan gaji 14,857 pound (RM73,111) setahun di Hospital Addenbrooke di Cambridge enggan mengurangkan pemakaian kosmetik gaya Mesir.

Francine yang kini menganggur selepas bekerja di hospital itu selama tiga setengah tahun, percaya dia menjadi mangsa ketika 600 kakitangan Medirest diarahkan menerima pemotongan gaji atau hilang pekerjaan.

Dia menjelaskan mekap adalah "senjatanya" dan berkata, ia penting untuk memberi keyakinan pada dirinya.


Tukang cuci itu yang kini menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang berikrar tidak akan pernah mengubah penampilannya untuk sesiapa jua.


"Saya suka gaya mekap orang Mesir. Mekap adalah senjata saya - ia membuat saya berkeyakinan.

"Mereka kata mekap saya 'keterlaluan', tetapi itu tidak mungkin kerana pekerja lain sering memuji saya.

"Saya rasa selesa dengan memakai mekap dan saya tidak nampak bagaimana ia boleh menjejaskan kerja saya atau menyebabkan sebarang masalah kesihatan atau keselamatan.

"Saya bekerja keras, jadi saya tidak lihat ia sebagai satu masalah. Saya rasa saya menjadi mangsa dan dilayan dengan buruk.

"Saya menghadiri temu duga untuk pekerjaan ini dengan gaya mekap seperti ini dan sejak itu sudah memakainya sedemikian.

"Jelas sekali mengapa kini mereka tiba-tiba memutuskan menghadapi masalah dengan cara mekap saya pada waktu sama pengurangan kakitangan dilakukan.

Francine yang diberitahu boleh tinggal di flet dekat hospital berkenaan jika dia mampu membayar sewa diberhentikan pada 27 April lalu.

Namun, dia mengambil keputusan untuk membuat rayuan dan dihubungi Medirest pada 1 Julai lalu mengatakan mereka tidak akan mengambilnya bekerja semula. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07


Kastam Hong Kong rampas 650kg kokain

Posted: 06 Jul 2012 09:39 AM PDT

HONG KONG: Kastam bandar raya ini semalam berkata, mereka melakukan rampasan kokain terbesar selepas menemui 650 kilogram dadah berkenaan dengan nilai di jalanan kira-kira AS$98 juta (RM311 juta) dalam kontena kapal.

Kastam yang bertindak hasil maklumat rakan sejawat mereka di Amerika Syarikat merampas 649 kilogram dadah dari kontena dari Ecuador ketika ia dibawa oleh trak ke kawasan perindustrian di New Territories yang terpencil Rabu lalu. Pihak berkuasa memintas trak itu menahan tiga lelaki tempatan, termasuk pemandunya.


"Ini adalah rampasan terbesar kokain di Hong Kong," kata Ketua Biro Siasatan Dadah Kastam, John Lee kepada wartawan. Dia berkata, pegawainya menemui 22 beg berisi 541 ketulan kokain dengan setiap satu seberat 1.2 kilogram. Lee berkata, dia percaya kebanyakan kokain itu akan dihantar ke negara Asia Tenggara, tetapi menafikan bandar raya di selatan China itu menjadi laluan transit untuk penyeludupan dadah. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/07


Tiada ulasan:

Catat Ulasan