Harian Metro: Global |
Posted: 09 Jul 2012 10:08 AM PDT LONDON: Fanatik kereta api, Bill Barritt membelanjakan 22,000 (RM110,000) untuk membina landasan kereta api di belakang kediamannya. Pesara akauntan yang berusia 80 tahun itu menghabiskan masa tiga tahun membina landasan sepanjang 1.9 kilometer dan kini menghabiskan masa terluang dengan memandu kereta api lapan penumpang yang diimportnya dari Ameruika Syarikat.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
Posted: 09 Jul 2012 10:02 AM PDT SHARJAH: Sepasang suami isteri ditahan selepas cuba menyeludup anak mereka masuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam bagasi tangan mereka. Pasangan warga Mesir itu ditangkap apabila kakitangan keselamatan lapangan terbang mengesan bayi berusia lima bulan itu menerusi mesin pengimbas bagasi. Mereka tidak dibenarkan meninggalkan Lapangan Terbang Sharjah, UAE, kerana tidak mempunyai dokumen lengkap untuk bayi itu.
Namun, pasangan itu cuba meneruskan hasrat mereka untuk memasuki UAE dan memasukkan bayi itu di dalam beg ketika pertukaran syif petugas.
Jurucakap Polis Sharjah berkata: "Mereka membahayakan nyawa kanak-kanak itu. Ketika disoalsiasat, mereka mengaku bertindak untuk menyeludup anak mereka kerana dia tidak mempunyai pasport atau visa tetapi mahu membawanya bersama-sama ke UAE." Seorang lagi pegawai polis berkata: "Apabila petugas kastam melihat bayi itu pada mesin pengimbas, mereka terkejut.
"Pasangan berkenaan yang mempunyai visa untuk memasuki UAE tetapi meletakkan nyawa anak mereka dalam bahaya akan didakwa." Suami isteri berkenaan dilapor meninggalkan UAE kerana si ibu hamil dan mahu melahirkan anak itu di Mesir.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/10 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan