Ahad, 8 Julai 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Cruise buat Katie bagai robot

Posted: 07 Jul 2012 09:11 AM PDT

NEW YORK: Di sebalik paparan rumah tangga yang bahagia di media, rupa-rupanya Katie Holmes hidup dalam suasana serba tertekan apabila suaminya, Tom Cruise, mengenakan pelbagai syarat ketat.

Semalam, beberapa media mula menerbitkan beberapa maklumat dalaman mengenai keluarga selebriti itu.


Ada antara media itu mendakwa Katie dikawal Cruise seperti sebuah robot, manakala akhbar lain mendedahkan, hero filem Mission Impossible itu banyak campur tangan dalam aktiviti seni isterinya. Akhbar di AS melaporkan, Cruise melarang penerbit filem memaparkan gambar Katie berkucupan dengan sebarang pelakon yang terbabit dalam produksi mereka. Cruise, 50, juga digelar sebagai "tok dalang" dalam setiap tindakan Katie sehingga akhirnya aktres terbabit berasa meluat dan bosan dengan situasi itu.

Kemuncak kepada perasaan Katie itu, dia mengumumkan perpisahannya dan memfailkan perceraian. Satu laman sesawang hiburan pula mendakwa, Cruise mengarahkan pengeluar filem Thank You For Smoking yang diterbitkan pada 2005 supaya memadamkan sebarang gambar promosi menunjukkan Katie bercium dengan Aaron Eckhart.


Ketika itu, kata sumber, Katie dan Cruise baru saja mula berpacaran.


Menurut sumber, Cruise enggan membenarkan Katie, 33, menaiki penerbangan dengan pelakon filem Batman Begins ketika produksi itu baru diterbitkan.

"Syarat itu menyebabkan seorang lagi pelakon filem itu, Morgan Freeman, menganggap tindakan Cruise sebagai memualkan," katanya. Menurut sumber itu, Cruise melayan Katie seolah-olah robot.


"Cruise membuat setiap keputusan untuk Katie, sama ada dalam kerjaya atau dalam kehidupan peribadinya," katanya. Semalam, kemunculan terkini Katie menguatkan lagi dakwaan itu apabila aktres terbabit kelihatan amat kurus walaupun dia gembira melayan anaknya, Suri. Pasangan Cruise - Katie dijangka bersemuka di mahkamah seminggu lagi untuk menentukan masa depan Suri. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/08


Scarlett terima bayaran paling lumayan untuk Avengers 2

Posted: 07 Jul 2012 09:08 AM PDT

LOS ANGELES: Aktres seksi, Scarlett Johansson, bakal menjadi pelakon yang diberi bayaran tertinggi bagi sebuah filem, mengatasi pemegang rekod sebelum ini, Angelina Jolie.

Scarlett, 27, dijanjikan menerima bayaran 13 juta (RM63.9 juta) bagi menjayakan watak Black Widow dalam filem Avengers 2.


Angelina pernah dibayar 12.2 juta (RM59.9 juta) ketika dia menjayakan filem The Tourist pada 2010.

Menurut media, penerbit Avengers 2 mahukan Scarlett membintangi filem berkenaan selepas Avengers Assemble menjana pulangan 936 juta (RM4.6 bilion) dan menjadi filem ketiga paling banyak membuat kutipan dalam sejarah.


Sumber berkata, Scarlett kini menjadi bintang paling popular di Hollywood dan kemunculannya dalam Avengers 2 menjadi satu kemestian. "Penerbit filem berpendapat, sebagai satu-satunya wanita memegang watak utama dalam filem itu, penonton lelaki menemui apa yang mereka inginkan - tarikan cerita dan seks.


"Scarlett juga disenangi pengkritik," katanya. Menurut sumber, semua pihak yakin Scarlett akan menandatangani kontrak penerbitan Avengers 2 yang akan bermula pada tahun depan. - TS

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/08


Tiada ulasan:

Catat Ulasan