Kosmo Online - Dunia |
- Penunjuk perasaan tutup jalan ke parlimen
- Pelajar mengaku makan otak, hati rakan sebilik
- Sami sujud dan berdoa sejauh 1,800km
Penunjuk perasaan tutup jalan ke parlimen Posted: Penunjuk perasaan tutup jalan ke parlimen
BANGKOK - Penunjuk perasaan antikerajaan telah menutup jalan-jalan menuju ke parlimen dalam usaha menggagalkan perbahasan berkaitan satu rang undang-undang yang dibimbangi akan membuka jalan kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk kembali ke negara tersebut. Kira-kira 2,000 ahli pergerakan Baju Kuning yang tidak menyukai Thaksin menghalang jalan ke parlimen. Mereka tidak membenarkan hampir semua menteri yang dijadual membahaskan rang undang-undang perdamaian pergi ke parlimen. Rang undang-undang itu akan memberi pengampunan kepada semua yang terlibat dalam keganasan politik dan salah laku mulai akhir tahun 2005 hingga pertengahan tahun 2010. Tempoh itu menyaksikan Thailand dicemari oleh pergolakan politik dan siri tunjuk perasaan. Para pengkritik menyatakan rang undang-undang tersebut sebahagiannya dibuat bagi membenarkan Thaksin untuk kembali. Beliau kini tinggal dalam buangan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. - Agensi | ||
Pelajar mengaku makan otak, hati rakan sebilik Posted: Pelajar mengaku makan otak, hati rakan sebilik
WASHINGTON - Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam. Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun. Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie. Motif sebenar kejadian masih tidak diketahui dan Kinyua didakwa atas tuduhan membunuh. Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. - AFP | ||
Sami sujud dan berdoa sejauh 1,800km Posted: Sami sujud dan berdoa sejauh 1,800kmTAM MAN bersujud di sebatang jalan di wilayah Ninh Binh, sekitar 90 kilometer ke selatan Hanoi kelmarin. HANOI - Seorang sami Buddha, Thich Tam Man melakukan sujud serta berdoa sejauh 1,800 kilometer (km) dengan masa diambil adalah selama 10 jam sehari. Tam Man yang nama sebenarnya, Le Minh merupakan seorang bekas doktor perubatan. Dia memulakan perjalanannya sejak tahun 2009 dari kuil Buddha Hoang Phap, dekat bandar Ho Chi Minh menuju ke gunung Yen Tu yang terletak 150km ke timur Hanoi. Lelaki itu akan melutut dan berdoa pada setiap langkahnya. Dia percaya bahawa setiap doa yang dibacanya akan memadamkan kesalahan masa silamnya. Tam Man juga berdoa untuk keamanan dunia.- Reuters |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan