Harian Metro: Global |
Posted: 01 Jun 2012 11:00 AM PDT NEW YORK: Seramai 900 juta pengguna Facebook mengalami gangguan perkhidmatan malam tadi selepas laman rangkaian sosial itu disasarkan oleh kumpulan penggodam Anonymous. Meluahkan kekecewaan di Twitter, pengguna Facebook dari Amerika Syarikat hingga ke Singapura melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web itu kira-kira tiga jam dari jam 8 malam hingga 11 malam. Gangguan terbesar yang dihadapi laman rangkaian sosial terkenal itu mengakhiri keadaan tidak menentu selama dua minggu dihadapi pengasasnya Mark Zuckerberg selepas saham Facebook ditutup pada AS$29.60 (RM94.7) sesaham kelmarin, jatuh 22 peratus daripada harga ditawarkan iaitu AS$38 (RM121.5). Facebook mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu malam: "Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Ia kemudian diselesaikan dan semua orang tahu bagaimana untuk mengakses Facebook. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul."
Malah, alat mudah alih juga tidak terkecuali apabila sesetengah pengguna Facebook di peralatan iOS dan Android dilaporkan turut terjejas oleh gangguan itu. Facebook terkenal kerana tidak mengalami gangguan besar, manakala pengguna Twitter sering mengalami sedikit gangguan ketika beroperasi. Malah, sesetengah pengguna Twitter diingatkan mengenainya daripada filem pemenang Oscar, "The Social Network" yang menceritakan penemuan perkhidmatan gergasi Internet itu dari sebuah bilik asrama di Harvard. "Biar saya beritahu anda perbezaan antara Facebook dan yang lain, kami tidak pernah mengalami gangguan," kata Jesse Eisenberg yang memainkan watak Mark Zuckerberg dalam filem terbitan Aaron Sorkin itu. - DM |
Anak beruang sesat di kawasan sekolah Posted: 01 Jun 2012 10:58 AM PDT BAKERSFIELD (California): Hari akhir persekolahan di sekolah rendah di California dan majlis graduasi di sekolah menengah bersebelahan diganggu oleh tetamu tidak diundang: Seekor anak beruang hitam yang merayau-rayau di kawasan sekolah. Pegawai Perhilitan wilayah Kern berkata, anak beruang itu menceroboh masuk ke Sekolah Rendah Ramon Garza di Bakersfield kelmarin, memaksa murid di luar segera bertempiaran lari ke dalam kelas dan mengejutkan pelajar serta ibu bapa yang menghadiri majlis graduasi di Sekolah Menengah Sierra di bangunan bersebelahan. Seorang guru menghubungi pihak berkuasa ketika beruang itu menceroboh ke dalam kawasan sekolah, tetapi haiwan itu melarikan dirinya dan tiada siapa yang ditimpa bahaya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan