Jumaat, 29 Jun 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Sanggup bogel cegah bantuan

Posted: 28 Jun 2012 11:51 AM PDT

BEIJING: Anggota polis terpaksa dihubungi untuk menangani seorang wanita bogel yang berbaring di depan sebuah ambulans bagi menghalang kenderaan itu membawa kekasih suaminya yang cedera ke hospital, semalam.

Zhang Shih, 38, dari Linyi, wilayah Shandong di timur China melanggar jirannya, Wang Lu dan anak perempuannya berusia empat tahun ekoran berang wanita itu mempunyai hubungan dengan suaminya.


Namun, ketika petugas khidmat kecemasan tiba, dia melakukan apa saja yang boleh bagi menghalang dua beranak itu mendapatkan rawatan walaupun selepas polis mengacukan pistol ke arah tubuh bogelnya.

"Dia menghalang semua orang daripada memberikan bantuan," kata jurucakap polis.


"Kemudian apabila ambulans tiba, dia menanggalkan pakaiannya dan berbaring di depan kenderaan itu bagi menghalang ia membawa mangsa ke hospital," katanya.


Zhang yang berang didakwa melanggar Wang dan anak perempuannya dengan keretanya selepas bertengkar dengan suaminya mengenai kecurangan lelaki itu.

Menurut polis, ibu dua anak itu kemudian berdiri mengawal dua mangsa yang cdera parah itu bagi menghalang sesiapa pun menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka.


Dia juga dituduh menumbuk seorang petugas paramedik yang merawat anak perempuan Wang menyebabkan petugas terbabit membiarkan kanak-kanak itu yang kemudian mati akibat kecederaan dialami.

Zhang yang juga seorang guru sekolah rendah kini berdepan dengan tuduhan membunuh, kata pendakwa raya. Sekiranya disabitkan bersalah dia mungkin berdepan hukuman mati.


"Ini bukan jenayah mengenai cemburu. Dia menghalang dua mangsa menerima rawatan perubatan selama hampir setengah jam," kata pendakwa raya. - DM


Ramai yakin Obama mampu tangani makhluk asing

Posted: 28 Jun 2012 11:47 AM PDT

WASHINGTON: Hampir dua daripada tiga rakyat Amerika berpendapat Presiden Barack Obama lebih baik berbanding pesaingnya daripada parti Republikan, Mitt Romney untuk menangani penaklukan makhluk asing, menurut satu kaji selidik dikeluarkan semalam.

Saluran National Geographic menghubungi 1,114 orang dewasa di seluruh negara bulan lalu untuk pendapat mereka ekoran siri baru dokumentari televisyen kabel bertajuk "Chasing UFOs." Sebanyak 36 peratus responden berkata, mereka yakin bahawa objek terbang tidak dikenali (UFO) memang wujud. Sebanyak 11 peratus yakin mereka melihat UFO dan 20 peratus lagi berkata, mereka tahu seseorang yang mendakwa melihatnya.


Dengan Obama yang bakal menghadapi pilihan raya November depan, 65 peratus berkata, Obama lebih mahir berbanding Romney untuk menangani penaklukan makhluk asing, dengan wanita yang berusia lebih muda serta berusia lebih 65 tahun bersetuju dengan pendapat itu berbanding lelaki. Saluran National Geographic berkata, keputusan daripada kaji selidik "Aliens Among Us" melalui e-mel dan Internet itu bersesuian dengan dokumentari "Chasing UFOs" yang ditayangkan Jumaat lalu dengan penduduk Texas serta Colorado menceritakan pengalaman mereka berdepan dengan objek terbang misteri. - AP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan