Harian Metro: Global |
Posted: 15 Jun 2012 10:59 AM PDT NEW YORK: Pergaduhan dua penyanyi rap yang bersaing antara satu sama lain, Chris Brown dan Drake menjadikan sebuah kelab malam di New York seperti zon perang semalam. Kejadian itu menyebabkan empat orang awam dimasukkan ke hospital selepas pergaduhan meletus, dikatakan kerana penyanyi pop, Rihanna. Saksi berkata, dua artis itu mula bergaduh selepas Brown menghantar sebotol Champagne kepada Drake sebagai simbol berdamai. Chris Brown, 23, berpacaran dengan Rihanna sehinggalah penyanyi itu meninggalkannya selepas dia memukulnya dengan teruk pada malam Anugerah Grammy pada 2009. Selepas berpisah, wanita cantik dari Barbados itu dikatakan menjalinkan hubungan dengan Drake. Menurut laporan, Rihanna, 24, kini dalam proses berbaik semula dengan Brown. Jabatan Polis New York kini menyiasat pergaduhan itu yang berlaku di Kelab W.i.P di kawasan SoHo di Manhattan. Jurucakap jabatan berkata, penyiasat percaya, Brown, pengawal keselamatannya dan seorang wanita yang bersamanya cuba meninggalkan kelab itu pada kira-kira jam 4 pagi apabila mereka di halang lima anggota kumpulan Drake. Leftenan John Grimple berkata, Drake, atau nama sebenarnya Aubrey Drake Graham, tidak bersama kumpulan yang menemui Brown. Hollie C, seorang pelancong dari Australia, adalah antara lapan yang dirawat di hospital akibat pergaduhan itu. Brown juga cedera. Dia memuat naik gambar luka di dagunya, akibat pergaduhan dengan Drake. Wanita yang bersamanya turut cedera. Brown dikatakan berang selepas Drake menghantar pulang botol arak "sebagai tanda perdamaian"bersama nota itu. Jelas nota itu memperkatakan mengenai bekas teman wanita Brown, Rihanna. Menurut laman web Global Grind, Brown dikatakan terlalu berang dan bertindak bersemuka dengan Drake. Drake dikatakan menumbuk, tetapi sebelum sempat penyanti itu membalas, seorang lelaki memukul muka Brown dengan botol. - DM |
Kahwinkan katak harapkan hujan Posted: 15 Jun 2012 10:56 AM PDT TAKHATPUR (India): Walau bagaimana yakin sekalipun mengenai hubungan mereka, setiap pengantin perempuan akan bimbang bakal suami mereka bersuara parau apabila tiba hari penting itu. Tetapi di sebuah kampung terpencil di Takhatpur, ia adalah perkara biasa dalam perkahwinan katak yang sangat diraikan.
Penduduk percaya, perkahwinan luar biasa itu akan membawa hujan dan menyelamatkan mereka daripada bekalan air yang kurang akibat kemarau panjang. Di beberapa tempat di India, katak dikatakan mempunyai kuasa istimewa kerana mereka dapat merasakan bila akan hujan, membuat bunyi bising apabila awan bakal melimpahkan isinya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan