Harian Metro: Global |
Posted: 21 May 2012 10:19 AM PDT ROME: Seorang lelaki mencampak dua anaknya dari balkoni apartmen mereka sebelum dia sendiri melompat membunuh diri kerana tertekan akibat kehilangan kerja, lapor media semalam. Marco Turrini mencampak bayi perempuannya - berusia 14 bulan - dan anak lelaki berusia empat tahun dari tingkat enam rumah mereka di Brescia, Lombardy, di utara Itali.
Sumber polis berkata, selepas mencampak anaknya ke bawah, bekas kakitangan pengiklanan yang kehilangan kerja 18 bulan lalu itu turut cuba menolak isterinya ke luar.
Sumber itu berkata, isteri Turrini bekerja sebagai jururawat dan berselisih faham dengan lelaki terbabit.
Turrini tidak mempunyai sebarang rekod keganasan atau jenayah, tetapi dilaporkan semakin tertekan kerana gagal mendapat pekerjaan lain.
|
Robin Gibb meninggal kerana kanser Posted: 21 May 2012 10:16 AM PDT LONDON: Penyanyi kumpulan Bee Gees, Robin Gibb, meninggal dunia semalam selepas lama menghidap masalah kanser kolon dan hati. Kesihatan Robin, 62, menunjukkan sedikit peningkatan beberapa bulan lalu.
Robin membantu memeriahkan muzik era disko dengan pelbagai lagu popular pada akhir 1960-an hingga awal 1970-an seperti Stayin' Alive dan Jive Talkin.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan