Selasa, 10 April 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Israel cuba halang aktivis ke Palestin

Posted:

Israel cuba halang aktivis ke Palestin

BAITULMAQDIS 10 April - Pasukan keselamatan Israel sudah memulakan persiapan bagi menghadapi kemasukan ratusan aktivis pro-Palestin yang dijangka tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion pada hujung minggu ini.

Beratus-ratus aktivis dari negara Eropah dijangka cuba menaiki penerbangan ke lapangan terbang dekat Tel Aviv itu dengan tujuan untuk meneruskan perjalanan ke Tebing Barat.

Kempen 'Selamat Datang ke Palestin' itu, yang dilabelkan sebagai 'flytilla', diadakan buat tahun ketiga berturut-turut.

"Kami sudah membuat persiapan untuk menghadapi operasi itu yang dijangka bermula pada Ahad ini," kata jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld, hari ini.

Pada 2010, penganjur berkata, kira-kira 100 aktivis tiba di Israel tanpa insiden dan pergi ke Tebing Barat, yang pintu sempadannya dikawal ketat oleh rejim Zionis.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Pelancaran roket Korea Utara

Posted:

Pelancaran roket Korea Utara

TOKYO 10 April - Syarikat-syarikat penerbangan di Asia akan melencongkan pesawat mereka daripada laluan yang akan digunakan roket Korea Utara selepas kapal-kapal laut hari ini diberikan amaran supaya berwaspada, dibimbangi terkena serpihan itu.

Dua syarikat penerbangan utama Jepun, Japan Airlines dan All Nippon Airways berkata, mereka akan mengubah laluan penerbangan antara Tokyo dan bandar-bandar Asia Tenggara termasuk Manila, Jakarta dan Singapura semasa roket itu dijadual dilancarkan.

Philipine Airlines pula berkata, mereka juga merancang untuk menukar laluan beberapa penerbangannya dalam tempoh sebulan berikutan kemungkinan kesan yang akan diterima di sebahagian wilayah Filipina akibat pelancaran itu.

Tindakan itu dilakukan setelah pihak kawalan udara Filipina mengisytiharkan zon larangan terbang di ruang udara yang dijangka dilalui roket Korea Utara, kata pegawai kementerian pengangkutan Jepun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan