Selasa, 10 April 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kempen pilihan raya presiden Perancis bermula

Posted:

Kempen pilihan raya presiden Perancis bermula

Kempen pilihan raya presiden Perancis bermula

SEORANG wanita berjalan melintasi poster calon-calon yang bertanding pada pilihan raya presiden yang ditampal di laluan pejalan kaki di Paris semalam.


PARIS - Kempen pusingan pertama pilihan raya Presiden Perancis pada 22 April ini bermula dengan rasmi semalam dengan calon dibenarkan menampal poster dan dan berkempen di televisyen secara percuma buat kali pertama.

Namun, kempen tidak rasmi pilihan raya berkenaan sudah dilakukan sejak beberapa minggu lalu dengan Presiden Nicolas Sarkozy berdepan cabaran sengit daripada calon Parti Sosialis, Francois Hollande.

Setakat semalam, semua 10 calon pilihan raya itu dibenarkan menampal poster kempen politik mereka di beberapa tempat yang dibenarkan oleh pihak pentadbiran tempatan.

Poster berkenaan perlu memiliki saiz yang sama dan tidak menggunakan warna putih sebagai latar belakang termasuk sebarang warna yang terdapat pada bendera negara iaitu biru, putih dan merah.

Warna putih dikhaskan untuk pengumuman rasmi berhubung pilihan raya berkenaan.

Stesen televisyen dan radio awam akan dibenarkan menyiarkan aktiviti kempen untuk setiap calon dengan masing-masing diperuntukkan waktu siaran percuma selama 43 minit hingga 20 April ini.

Semu badan penyiaran perlu memperuntukkan waktu siaran yang sama kepada kesemua calon yang mendaftar secara rasmi pada 19 Mac lalu.

Setiap calon pilihan raya itu kini turut dibenarkan berkempen melalui surat kepada sekitar 45 juta pengundi berdaftar di Perancis.

Kempen pilihan raya tersebut berakhir dengan rasmi pada 21 April ini dengan semua calon dilarang daripada membuat ucapan awam dan tiada tinjauan mengenai kedudukan calon dibenar untuk disiarkan.

Antara calon yang bertanding dalam pilihan raya presiden kali ini selain Sarkozy dan Hollande ialah calon parti Barisan Kebangsaan, Jean-Luc Melenchon. - AFP

Greece tawar perkhidmatan sewa anggota polis

Posted:

Greece tawar perkhidmatan sewa anggota polis

Greece tawar perkhidmatan sewa anggota polis


BEBERAPA anggota polis mengawal Dataran Omonoia, Athens pada 29 Mac lalu.


ATHENS - Greece yang berdepan dengan masalah kewangan serius kini memperkenalkan jalan terbaharu untuk menjana pendapatan dengan menawarkan perkhidmatan menyewa anggota polis.

Pegawai polis Greece boleh disewa pada harga 30 euro (RM120) sejam.

Kereta peronda pula disewa pada kadar 40 euro (RM160) sejam.

Menurut Kementerian Awam kelmarin, wang sewa itu akan membantu memodenkan pasukan polis.

Ia menyatakan bayaran itu juga dikenakan kerana menggunakan harta benda dan infrastruktur polis.

Perkhidmatan sewaan polis digunakan dalam kes-kes luar biasa seperti mengiringi pengangkutan berbahaya dan hasil seni.

Ia sebelum ini ditawarkan secara percuma.

Akhbar Proto Thema melaporkan, sewa sebanyak 200 uero (RM803) akan dikenakan untuk bot-bot peronda dan 1,500 euro (RM6,024) bagi perkhidmatan helikopter.

Kementerian sama turut menyatakan bahawa ia hanya akan menawarkan perkhidmatan tersebut jika ia tidak menjejaskan operasi pasukan keselamatannya.

Greece kini menanggung hutang awam mencecah 350 bilion euro (RM1.4 trilion). - AFP

Suara Urban semakin bagus selepas bedah

Posted:

Suara Urban semakin bagus selepas bedah

Suara Urban semakin bagus selepas bedah


GAMBAR fail bertarikh 9 November 2011 menunjukkan Urban menyanyi pada Anugerah CMA Kali Ke-45 di Nashville, Amerika Syarikat.


LOS ANGELES - Penyanyi irama country yang terkenal dari Australia, Keith Urban tidak menyangka pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan pada pita suaranya telah memberikan manfaat yang tidak pernah dibayangkannya.

"Saya fikir seperti pemain bola sepak yang berusia 40 tahun diberi lutut seperti ketika mereka berumur 20 tahun. Itulah yang saya alami sekarang. Ia satu perasaan bebas yang luar biasa," kata Urban.

Ribuan peminat akan dapat mendengar suara Urban apabila dia membuat persembahan di Arena Bridgestone di Nashville, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Menjalani pembedahan pada akhir tahun lalu, Urban mengaku mengalami masalah ketumbuhan pada pita suaranya selama bertahun-tahun tetapi ia tidaklah terlalu serius.

Namun, apabila ketumbuhan itu terbentuk, dia mula mengalami masalah suara.

Ketumbuhan itu menyebabkan Urban sukar untuk menyanyi lagu bernada tinggi.

Namun, kesukaran itu berubah selepas dia menjalani pembedahan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan