Berita Harian: Dunia |
Posted: 08 Apr 2012 01:55 PM PDT Dunia ZARDARI bersalaman dengan Singh pada pertemuan di New Delhi, semalam. NEW DELHI: Presiden Asif Ali Zardari menjadi ketua negara pertama Pakistan sejak tahun 2005 melawat negara 'musuh ketatnya', India semalam bertujuan mewujudkan hubungan baik antara kedua-dua negara kuasa nuklear itu. Dalam lawatan yang disifatkan 'peribadi' tetapi mempunyai kesan diplomatik besar, Zardari makan tengah hari bersama Perdana Menteri India, Manmohan Singh sebelum menuju ke sebuah makam seorang ulama kira-kira 350 kilometer ke barat laut New Delhi. Pendirian terhadap Saeed tidak berbeza dengan kerajaan saya. - Asif Ali Zardari, Presiden Pakistan Pertemuan itu disambut dengan rasa hormat tetapi berhati-hati kalangan penganalisis yang melihat ia sebagai satu lagi tanda peningkatan hubungan kedua-dua negara berjiran itu tetapi isu mengenai aktiviti militan Pakistan ke atas India masih lagi menjadi masalah.India terus menekan jirannya untuk mendakwa pesalah dalam serangan Mumbai 2008, menyalahkan kumpulan militan Laskhkar-e-Taiba, yang diasaskan Hafiz Saeed. Kerajaan India berkata pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Saeed yang kini tinggal di Pakistan. Militan itu juga menjadi tumpuan berikutan tawaran wang sebanyak AS$10 juta (RM30 juta) yang ditawarkan bagi penangkapan beliau oleh Amerika Syarikat. "Lawatan saya ke India adalah atas sebab keagamaan dan saya tidak fikir Manmohan Singh akan duduk (dan berbincang) hanya mengenai isu ini," katanya. Pertemuan antara Zardari dan Singh pada satu majlis makan tengah hari dengan hidangan kebab dan kari dari seluruh India termasuk wilayah Kashmir yang menjadi pertikaian, dilihat sebagai langkah positif untuk meningkatkan hubungan kedua-dua negara. Penganalisis berkata hanya sedikit perkembangan boleh dijangka dalam isu sensitif seperti Kashmir atau kehadiran kumpulan militan anti India di Pakistan. "Pertemuan kedua-dua pemimpin dalam lawatan pertama Zardari sebagai presiden ke India, tidak memberi harapan besar," kata Mail Today, sebuah tabloid India. Laporan lain menyatakan bahawa Singh dijangka diundang untuk melawat Islamabad akhir tahun ini, selain perkembangan dalam perdagangan yang dilihat sebagai isu menang-menang bagi kedua-dua pihak. – AFP |
16 orang sahkan bertanding rebut jawatan Presiden Mesir Posted: 08 Apr 2012 01:54 PM PDT Dunia KAHERAH: Pendaftaran bagi pencalonan pilihan raya pertama presiden selepas kebangkitan di Mesir ditutup semalam, selepas dilanda pelbagai krisis yang mengubah senario politik negara itu pada saat akhir.Seramai 16 orang berdaftar setakat ini, berharap untuk mengetuai negara dengan paling ramai penduduk di dunia Arab itu, berikutan kebangkitan yang menumbangkan presiden Hosni Mubarak tahun lalu. Calon berkenaan termasuk bekas ketua Liga Arab, Amr Mussa; pendakwah ultra konservatif, Hazem Abu Ismail; calon Ikhwan Muslimin, Khairat El-Shater dan perdana menteri terakhir Mubarak, Ahmed Shafiq. Bekas ketua perisik, Omar Suleiman, wakil dari rejim Mubarak dan dilihat sebagai hampir dengan pemerintah tentera juga mendaftar walaupun lewat.Proses pendaftaran sendiri dipenuhi pelbagai isu. Abu Ismail, dikenali sebagai tokoh anti Amerika Syarikat didapati mempunyai seorang ibu yang memegang pasport Amerika Syarikat, menyebabkan beliau tidak layak dalam pertandingan itu. Undang-undang pilihan raya presiden menyebut bahawa semua calon perlu dilahirkan ibu bapa dari Mesir yang tidak pernah memegang mana-mana kerakyatan negara lain.
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan