Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Indonesia bayar Rp17 trilionJAKARTA 28 Mac - Dewan Perwakilan Rakyat dan kerajaan Indonesia sepakat memperuntukkan sebanyak Rp17 trilion (RM5.7 bilion) sebagai pampasan langsung kepada masyarakat berikutan rancangan kerajaan menaikkan harga minyak bersubsidi mulai bulan depan. Selain peruntukan itu yang dinamakan bantuan langsung sementara masyarakat, sejumlah Rp8 trilion lagi diperuntukkan sebagai pampasan untuk pembangunan infrastruktur desa. Kesepakatan itu dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja Perbelanjaan Pusat Badan Anggaran Dewan Perwakilan Rakyat dan Kerajaan, lapor akhbar harian Kompas. Pampasan kepada masyarakat itu akan dibayar pada setiap bulan selama enam bulan sehingga mencapai jumlah Rp17 trilion. Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan membayar bantuan langsung sementara masyarakat sebanyak Rp150,000 (RM50) sebulan kepada 18.5 juta isi rumah selama sembilan bulan sebagai pampasan berikutan kenaikan harga minyak yang dicadangkan itu. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
Posted: Assad diheret ke ICCLONDON 28 Mac - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memiliki bukti kukuh untuk mengheret rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay berkata, Assad memikul tanggungjawab utama terhadap segala pencabulan hak asasi manusia yang berlaku di negara itu. Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa Syria kini secara sistematik menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran dalam kempen mereka untuk menghancurkan penentang rejim. "Dari segi fakta, terdapat cukup bukti yang menunjukkan banyak tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan mendapat kelulusan atau persetujuan pada peringkat tertinggi. "Saya merasakan siasatan dan pendakwaan adalah elemen penting untuk mencegah dan menghentikan pencabulan tersebut," kata Pillay dalam wawancara dengan stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC), hari ini. ...Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan