Rabu, 28 Mac 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Kim Kardashian mahu beli ‘Istana Beckingham’

Posted: 27 Mar 2012 09:53 AM PDT

LONDON: Kim Kardashian mahu membeli Istana Beckingham. Bintang realiti yang berusia 31 tahun itu dikatakan merancang melihat rumah kepunyaan David dan Victoria Beckham yang bernilai lebih 18 juta pound (RM88 juta) itu.

Pasangan Beckham yang berpindah ke Los Angeles supaya David boleh bermain untuk LA Galaxy kira-kira lima tahun lalu, mahu menjual rumah yang mempunyai tanah seluas 17 ekar untuk memutuskan hubungan dengan Britain.

Dan Kim pula dikatakan mahu membeli hartanah itu, yang lengkap dengan sebuah landasan helikopter, zoo kecil, kolam renang dan studio rakaman, sebagai 'pangkalan' Eropah untuk keluarganya termasuk adik-adiknya Khloe dan Kourtney serta ibunya Kris Jenner.

Sumber berkata, apabila keluarganya tiada di situ, Kim berharap dapat menyewakan rumah agam itu untuk peminat Beckham.


Pasangan Beckham membeli rumah agam itu pada 1999, tidak lama selepas berkahwin.


Pasangan itu juga dikatakan mahu menjual vila mereka di Perancis yang berharga RM12.23 juta. - AFP



Makan, jual daging rakan

Posted: 27 Mar 2012 09:50 AM PDT

MOSCOW: Seorang lelaki Russia membunuh dan memakan mayat rakan minumnya, selepas dia dan rakan yang lain kehabisan makanan dalam satu pesta arak.

Lelaki itu kemudian menjual lebihan mayat rakannya itu di pasar dengan mengatakan ia daging babi.


Lelaki itu, 35, mengaku menikam rakan minumnya yang berusia 41 tahun itu hingga mati sebelum melapah, memasak dan makan mayat mangsa.

Keesokan harinya, lelaki itu membawa lebihan daging ke pasar tempatan di Pulau Russky, Vladivostok dan menjual lebihan mayat mangsa. Seorang lelaki tempatan membeli "daging" itu dan memasaknya tetapi merasa loya dengan baunya.


Jurucakap polis, Avrora Rimskaya, berkata ketika memasak "daging" itu, lelaki itu berkata, baunya berlainan dengan daging babi yang pernah dimakannya.


Walaupun demikian, lelaki itu tetap memakan daging yang dimasak dan rasanya juga berlainan.

Dia membawa daging itu kepada seorang pakar yang kemudian mengesahkan ia bukan daging babi.


Lelaki terbabit membawa daging berkenaan ke balai polis.

Anggota polis menyerbu rumah lelaki yang menjual mayat itu dan suspek kemudian mengaku membunuh dan memakan mayat rakannya.


"Kami kehabisan makanan untuk dimakan bersama vodka," katanya kepada polis.


Angota polis menemui kepala manusia di dalam peti sejuknya. Bahagian tubuh yang lain disimpan di pondok menyimpan kelengkapan taman.


Avrora berkata lelaki itu kini ditahan.


Katanya lagi, ada dua pembeli yang membeli daging manusia itu tetapi tidak membuat aduan kepada polis.


Dalam satu kes lain, juga di Russia, seorang pembunuh bersiri yang memakan hati mangsanya, mengaku melakukan beberapa pembunuhan. Suspek itu pada mulanya disoal siasat oleh polis kerana disyaki merompak.


Aleksandr Bychkov, 24, dari Penza di tengah Russia, ditahan kerana cuba merompak kedai menjual barang perkakasan rumah. - DM.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan