Selasa, 13 Mac 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Gencatan senjata di Gaza

Posted:

Gencatan senjata di Gaza


Pasukan polis Israel memeriksa lokasi roket yang dilancarkan pejuang Palestin dari Genting Gaza mengenai dua buah kenderaan di bandar Ashdod di selatan Israel, kelmarin. - AGENSI


GAZA CITY 13 Mac - Israel dan kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Genting Gaza bersetuju mengadakan gencatan senjata bagi menghentikan keganasan selama empat hari yang telah meragut 25 nyawa rakyat Palestin.

Gencatan senjata yang dicapai menerusi perantaraan Mesir itu diumumkan oleh seorang pegawai keselamatan kanan Mesir di Kaherah, hari ini.

Menurut pegawai itu, kedua-dua pihak 'bersetuju menamatkan operasi semasa' dan mencapai perjanjian menyeluruh 'dengan masing-masing memulakan gencatan senjata komprehensif', manakala Israel memberi jaminan luar biasa untuk menghentikan 'pembunuhan politik'.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Indonesia peruntuk RM52.7b bajet tentera

Posted:

Indonesia peruntuk RM52.7b bajet tentera

JAKARTA 13 Mac – Indonesia melancarkan pelan besar-besaran untuk memodenkan angkatan bersenjatanya yang serba kekurangan dan membangunkan sebuah industri pertahanan dalam langkah yang dilihat oleh penganalisis boleh mengubah keseimbangan strategik di rantau ini.

Selepas bertahun-tahun tidak mendapat peruntukan mencukupi, Kementerian Pertahanan kini memulakan 'gerakan membeli-belah' besar-besaran untuk peralatan tentera dan mengadakan usaha sama dengan syarikat pertahanan asing bagi mengeluarkan senjata, kata jurucakap Kementerian, Brigadier Jeneral Hartind Asrin, semalam.

"Kami sekarang memiliki wang untuk membeli lebih banyak peralatan tentera, kerana selama ini keupayaan pertahanan kami begitu rendah dan jauh ketinggalan di belakang negara-negara lain," kata Hartind.

Tentera Nasional Indonesia (TNI) mempunyai kuasa meluas dan dituduh mencabul hak asasi manusia semasa pemerintahan Presiden Suharto selama tiga dekad.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan