Harian Metro: Global |
Bobbi ‘borak’ dengan Whitney Posted: 12 Mar 2012 10:01 AM PDT LOS ANGELES: Anak perempuan Whitney Houston, Bobbi Kristina, bercadang mengikut jejak langkah penyanyi itu menceburi dua bidang hiburan. Dalam temubual pertama sejak kematian Whitney bulan lalu, Bobbi juga berkata, dia masih "terdengar" suara ibunya dari semasa ke semasa.
"Lampu terpasang dan tertutup dan saya seperti bertanya: Mak, apa yang kamu buat? "Saya masih boleh ketawa dan bercakap dengan dia," katanya dalam program bual bicara dengan Oprah Winfrey, semalam.
"Tekanan memang banyak, tapi ibu mempersiapkan saya untuk menghadapinya," katanya.
Whitney, 48, ditemui mati di bilik hotelnya pada 11 Februari - sehari sebelum berlangsung anugerah Grammy, dan beberapa jam sebelum dia dijadual muncul menyertai parti menjelang majlis berprestij itu di Beverly Hills.
|
Ramai warga Britain jahil mengenai negara sendiri Posted: 12 Mar 2012 10:00 AM PDT LONDON: Lebih daripada seorang bagi setiap lima orang dewasa di Britain tidak mengetahui nama setiap negeri yang bergabung di bawah United Kingdom. Media semalam melaporkan, hampir enam daripada 10 orang dewasa yang ditemui menganggap puncak tertinggi di England adalah Ben Nevis yang terletak di Scotland atau Snowdon (Wales).
Kajian sama juga mendapati, seorang daripada tiga responden percaya daerah Home Counties sama ada mengelilingi Manchester, Glasgow atau Birmingham.
Kajian itu dijalankan firma pelancongan Journeys of Distinction membabitkan 2,000 orang responden.
Katanya, Internet mungkin boleh dipersalahkan sebagai antara punca kejahilan itu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan