Jumaat, 3 Februari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Ketua Khmer Rouge dipenjara

Posted:

Ketua Khmer Rouge dipenjara

Ketua Khmer Rouge dipenjara

PHNOM PENH 3 Feb. - Bekas ketua penjara ketika era Khmer Rouge, Kaing Guek Eav (gambar) dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dalam satu kes rayuan di mahkamah jenayah perang Kemboja, tribunal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.

Mangsa yang terselamat daripada pemerintahan rejim, menyambut baik keputusan mahkamah itu, yang meningkatkan hukuman penjara daripada 30 tahun yang diputuskan pada 2010 kepada penjara seumur hidup atas kesalahan jenayah perang dan kemanusiaan.

Menurut hakim, hukuman sebelum ini terhadap bekas ketua penjara S-21 yang bertanggungjawab di atas kematian 15,000 tahanan di penjara itu tidak 'berpatutan dengan jenayah yang telah lakukannya pada lewat 1970-an'.

"Jenayah yang dilakukannya jelas merupakan antara rekod kekejaman kemanusiaan terburuk dalam sejarah.

"Dia seharusnya menerima hukuman paling berat," kata Presiden badan rayuan tertinggi mahkamah itu.

Dengan memakai baju putih dan jaket kuning, Duch, 69, yang duduk di kandang tertuduh kelihatan tidak memberikan sebarang reaksi ketika keputusan dibacakan.

Dia sebelum ini merayu dibebaskan kerana kesalahan yang dilakukannya itu adalah atas arahan pihak atasan, tetapi pendakwa raya turut mengemukakan rayuan dengan menyatakan hukuman sebelum ini tidak memadai.

Keputusan kali ini disambut baik oleh beratus-ratus rakyat Kemboja, termasuk sami-sami dan warga emas yang terselamat daripada kekejaman rejim Khmer Rouge dari 1975-1979, yang berhimpun di galeri awam di mahkamah itu.

Duch adalah kader Khmer Rouge pertama yang dihadapkan ke tribunal PBB itu. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Suspek bunuh pelajar kita ditahan

Posted:

Suspek bunuh pelajar kita ditahan

Suspek bunuh pelajar kita ditahan

JAKARTA 3 Feb. - Polis Indonesia menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang pelajar Malaysia di Malang, Adrian Jay Prereira, kira-kira tiga bulan lalu.

Atase Pendidikan yang juga Setiausaha I di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta, Ludinata Misnun berkata, penahanan suspek berasal dari bandar Malang itu, dimaklumkan oleh Ketua Polis Malang Teddy Minahasa Putra, hari ini.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditangkap semalam setelah polis menemui beberapa bukti di tempat kejadian, katanya.

Menurut polis, suspek dibantu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun dalam kejadian pembunuhan itu dan polis sedang memburu rakannya itu.

Dalam kejadian pada malam 7 November lalu, Adrian mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikalnya di luar rumahnya di bandar Malang, Jawa Timur.

Pembunuhan penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang itu telah mengejutkan rakyat Malaysia. Seramai 173 pelajar Malaysia menuntut di Malang, dan daripada jumlah itu, 161 belajar di Universiti Brawijaya.

"Motif pembunuhan itu adalah kerana suspek berasa terancam dengan tindakan mangsa yang cuba melawan.

"Dengan penangkapan suspek itu, polis Kota Malang berkata, kes ini dianggap selesai," kata Ludinata.

Beliau berkata, menurut Teddy Minahasa, kes itu adalah bermotifkan jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan