Ahad, 5 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Dua negeri Australia tenggelam

Posted:

Dua negeri Australia tenggelam

Dua negeri Australia tenggelam

GAMBAR disiarkan oleh pihak berkuasa New South Wales menunjukkan bahagian utara negeri berkenaan ditenggelami air bah kelmarin.


SYDNEY - Ribuan penduduk terputus hubungan semalam selepas hujan lebat menyebabkan air beberapa tebing sungai pedalaman timur Australia melimpah dengan sebahagian keluarga diancam ular berbisa ketika berlindung di bumbung rumah, kata pasukan penyelamat.

Di Queensland sahaja lebih 11,000 orang terputus hubungan, setahun selepas sekitar 35 orang maut dalam banjir kilat yang turut menenggelamkan 30,000 kediaman di negeri berkenaan dan New South Wales (NSW).

Beberapa pekerja penyelamat berkata, paras air sungai di beberapa bahagian meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh setengah abad dengan air bah menenggelami sebahagian besar tanaman termasuk kapas, tebu, kacang soya dan jagung.

Bacaan banjir di beberapa batang sungai di negeri NSW dan Queensland mencatat paras melebihi 13 meter.

Biro Meteorologi Australia pula meramalkan banjir akan berterusan selama beberapa hari malah, di beberapa kawasan, ia dijangka berlanjutan hingga beberapa minggu.

Beberapa pekerja penyelamat berkata, bandar Moree yang terketak di kawasan paling teruk terjejas banjir di utara NSW kini terputus hubungan dengan dunia luar.

Pihak berkuasa menggunakan beberapa buah helikopter dan pesawat untuk menyelamatkan mangsa dan menggugurkan bantuan dengan ramai penduduk diancam ular-ular berbisa yang mendiami bumbung rumah mereka bagi mengelak air banjir.

"Kawasan paling teruk terjejas bagi kami adalah di sekitar bMoree dengan 10,000 orang terputus hubungan," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Kecemasan Negara, Phil Campbell

Menurutnya, setakat ini, lebih 2,000 orang sudah dipindahkan dengan lebih 16,000 orang terputus hubungan di NSW. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

Puerto Rico mahu eksport daging iguana

Posted:

Puerto Rico mahu eksport daging iguana

Puerto Rico mahu eksport daging iguana

SAN JUAN, Puerto Rico - Pemerintah pulau ini mengumumkan rancangan untuk menghapuskan sebanyak mungkin iguana yang boleh dan mengeksport daging reptilia berkenaan.

Jabatan Sumber Alam Semulajadi Puerto Rico, Daniel Galan Kercado berkata, terdapat lebih banyak iguana berbanding penduduk di wilayah jajahan Amerika Syarikat (AS) berkenaan iaitu sekitar 4 juta ekor.

"Iguana mendatangkan masalah besar kepada penduduk pulau ini. Reptilia ini perlu ditangani," kata Kercado dalam satu wawancara kelmarin.

"Iguana merosakkan struktur, ekonomi, pelbagai jenis tanaman pertanian seperti pisang, mangga dan laici serta ekosistem Puerto Rico," tambahnya.

Menurut Kercado, pihaknya akan melatih ramai sukarelawan untuk menangkap reptilia itu yang boleh membesar sehingga sepanjang 1.8 meter dan hidup selama 20 tahun.

Daging iguana mempunyai permintaan tinggi di AS terutamanya dalam kalangan komuniti Latin dan imigran Asia dengan ia dijual pada harga mencecah AS$6 (RM18) untuk 450 gram, jauh lebih tinggi daripada sekilogram daging ayam. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Arnab jadi anjing penggembala

Posted:

Arnab jadi anjing penggembala

Arnab jadi anjing penggembala


GAMBAR klip video YouTube menunjukkan
Champis menggembala biri-biri tuannya
di perkampungan Kal, Sweden.


STOCKHOLM, Sweden - Seekor arnab bernama Champis bukan sahaja pandai melompat tetapi ia juga mahir menggembala biri-biri peliharaan tuannya.

Champis dipercayai memiliki kebolehan tersebut selepas ia menyaksikan dan meniru perbuatan beberapa anjing penggembala terlatih di ladang ternakan tuannya di perkampungan kecil Kal, utara Sweden.

Arnab jantan berusia 5 tahun itu mencetuskan sensasi di internet pada minggu lalu selepas klip video memaparkan kebolehan ia menggembala biri-biri ditonton lebih 700,000 kali di laman perkongsian video YouTube.

Klip video yang dimuat naik pada Jun lalu itu menunjukkan Champis berkejar ke sana dan ke mari untuk mengawal ternakan biri-biri milik Nils-Erik dan isterinya, Greta Vigren di ladang mereka.

"Arnab ini mula berperangai pelik seperti seekor anjing penggembala sejak musim bunga tahun lalu tetapi ia tidak mengganggu ternakan ayam tuannya," kata seorang rakan pasangan itu, Dan Westman yang merakam dan memuat naik aksi Champis di YouTube. - AP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan