Ahad, 5 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Buruh Indonesia tuntut naik gaji

Posted: 05 Feb 2012 02:30 PM PST

Dunia

JAKARTA: Sejak bertahun-tahun lamanya, beberapa firma terkenal dunia memperoleh keuntungan besar daripada kilang di Indonesia, dengan membayar pekerja gaji yang lebih rendah berbanding buruh di China dan India.

Bagaimanapun kesedaran dikalangan pekerja mendorong mereka melancarkan mogok industri di seluruh negara bagi menuntut gaji dan faedah lebih baik.

Terbaru, lebih 20,000 pekerja kilang pengeluaran di Bekasi, meninggalkan kerja masing-masing bagi melancarkan mogok, 27 Januari lalu dalam usaha mendapatkan bayaran lebih baik berbanding pekerja di China atau India. "Kami tiada pilihan selain menghentikan semuanya dan menghalang jalan raya.
Kami bersedia bertemu kerajaan tempatan dan pihak berkuasa tetapi tiada siapa mendengar suara kami. Kami tidak boleh meneruskan kehidupan dengan gaji ini," kata seorang pekerjam Sarjo Suragil, 37.

Menuntut kenaikan gaji minimum, pekerja di Bekasi menghalang jalan tol ke Jakarta, menyebabkan kesesakan selama 10 jam.

Ketika tindakan itu merebak ke seluruh negara dengan jumlah penduduk 240 juta itu, pekerja menyedari semakin banyak gangguan ditimbulkan, semakin tinggi peluang untuk suara mereka didengar.
Kilang di zon Bekasi mengeluarkan produk untuk kereta, elektronik dan firma fesyen, menghasilkan barangan bernilai AS$4.5 bilion (RM13.5 bilion) setahun, menurut perangkaan kerajaan.

Pekerja di Bekasi berang selepas mahkamah membatalkan kenaikan gaji minimum daripada 1.29 juta rupiah (RM430) sebulan kepada 1.49 juta rupiah (RM496).

Selepas pekerja melancarkan bantahan, gabenor mengumumkan semula kenaikan gaji itu pada malam sama.

Kerajaan, yang meraikan rekod pelaburan asing sebanyak AS$20 bilion (RM60 bilion) tahun lalu, berusaha mencegah mogok industri yang boleh menakutkan pelabur.

Persatuan Majikan Indonesia berkata kenaikan gaji juga boleh membuatkan pelabur beralih arah.

"Jika gaji naik cepat, pelabur asing dalam beberapa industri mungkin mula mencari tempat lain," kata setiausaha agung persatuan itu, Franky Sibarani.

Jawa Barat adalah wilayah kelapan yang menyaksikan pekerja memperoleh kenaikan gaji lebih 14 peratus beberapa bulan lalu, dan mereka di wilayah lain merancang tindakan serupa.

Penganalisis berkata pekerja digerakkan dengan kejayaan mogok tiga bulan di lombong emas dan tembaga gergasi syarikat Amerika Syarikat, Freeport yang berakhir Disember lalu, dengan 37 peratus kenaikan gaji.

Ia adalah mogok paling lama dalam sejarah moden Indonesia.

"Selepas kes Freeport, pekerja sekitar Jakarta dan Jawa Barat mula melihat apa yang berlaku di sana dan berasa mungkin mereka juga boleh mendapatkan kenaikan gaji," kata Chris Manning dari Universiti Kebangsaan Australian.

Dalam satu kes bulan lalu, kilang yang mengeluarkan kasut Nike bersetuju dengan tuntutan beribu pekerjanya dan membelanjakan AS$1 juta (RM3 juta) membuat bayaran kerja lebih masa. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Dua tentera Thailand maut kena tembak

Posted: 05 Feb 2012 02:30 PM PST

Dunia

YALA: Sekumpulan lelaki bersenjata menembak mati dua tentera yang mengiringi sami Buddha mengutip sedekah di kawasan bergolak selatan Thailand, kata polis semalam.

Mangsa masing-masing berusia 37 dan 42 tahun, mati selepas penyerang melepaskan tembakan raifal dari belakang trak pikap, kata polis di pekan Yala, satu daripada wilayah yang dibelenggu pemberontak berdekatan sempadan Malaysia.

Timbalan Superintendan polis tempatan, Leftenan Kolonel Colonel Sonthaya Toopthong berkata keganasan adalah untuk membalas dendam ke atas kematian orang awam Muslim yang ditembak tentera di wilayah Pattani. Kejadian awal bulan lalu di mana empat orang awam termasuk warga emas dan remaja lelaki berusia 18 tahun ditembak mati, ia mencetuskan kemarahan penduduk dan pegawai masih menyiasat.

Dalam kejadian berasingan petang kelmarin, seorang lagi tentera beragama Islam ditembak mati di Pattani ketika beliau memandu trak pikapnya.

Dalam pemberontakan yang kompleks tanpa sebarang sasaran tercetus di selatan Thai sejak bertahun yang membawa kepada kehadiran pasukan tentera bersenjata kerajaan.

Kira-kira 5,000 orang, Buddha dan Muslim terbunuh manakala 8,300 lagi cedera sejak pergolakan bermula pada 2004, menurut pemantau konflik tempatan, Deep South Watch.
Sami lazim diberikan perlindungan keselamatan ketika mereka melakukan kutipan pagi di wilayah, di mana mereka dilihat sebagai simbol negara Thailand dan seperti guru, mereka juga sasaran serangan. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan