Ahad, 5 Februari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Peristiwa berdarah berulang di Homs

Posted: 04 Feb 2012 05:03 AM PST

HOMS: Lebih 200 penduduk di bandar Homs, Syria, terbunuh atau tercedera dalam satu serangan kejam ketika penduduk memperingati hari pembunuhan berama-ramai di Hama, oleh tentera Syria, semalam.

Aktivis berkata, dalam kejadian awal pagi semalam, pihak tentera menggunakan kereta kebal, mortar dan mesingan untuk menyerang kawasan Khaldiyeh.

Sumber berkata, serangan di kawasan itu bermula selepas tentera Pembangkang Pembebasan Syria menyerang pusat pemeriksaan Tentera Syria dan membunuh 10 anggotanya.

Sejak itu kawasan Khaldiyeh sering diserang menyebabkan beberapa bangunan musnah.


Sumber berkata, "Hospital di Homs penuh dengan orang ramai yang memerlukan rawatan. Klinik sementara juga dibuka di masjid. Mereka kekurangan bekalan darah."


Seorang aktivis di Homs, Hadi al-Abdullah berkata tentera pembangkang menahan 16 anggota tentera Syria.

Menurut aktivis lain, pihak kerajaan menyerang kawasan Bab Tadmour, Bab Dreib dan Karm el-Shami berturut-turut, sementara serangan ketenteraan di Khaldiyeh turut dipertingkatkan.

Video sebuah bangunan terbakar yang dikatakan di kawasan al-Inshaat dimuat naik di internet, yang menurut aktivis diserang oleh tentera kerajaan.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, 14 anggota tentera terbunuh dalam pertempuran dengan tentera pembangkang di mana lima anggotanya turut terbunuh.

Menurut kumpulan itu lagi, 217 orang terbunuh di Homs iaitu 138 adalah di Khaldiyeh.



Full content generated by Get Full RSS.

Kedutaan Syria dirempuh

Posted: 04 Feb 2012 05:02 AM PST

BERLIN: Kira-kira 200 orang penunjuk perasaan merempuh kedutaan Syria di Berlin kelmarin, menyebabkan kerosakan di beberapa buah pejabat dan tulisan slogan di dinding sebelum mereka ditahan polis.

Penunjuk perasaan yang semuanya "berbangsa Syria atau berasal dari Syria," masuk ke perkarangan kedutaan kira-kira jam 4.30 petang Jumaat lalu "memusnahkan perabot, menggantung bendera dari tingkap," sebelum menulis slogan di dinding kedutaan, kata polis dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu berkata, sebaik saja diberitahu, "polis segera tiba dan menahan penunjuk perasaan dan mereka tidak melawan."

Mereka dilepaskan sebaik saja polis mendapat identiti mereka.


Dalam satu kenyataan lain, jurucakap Kedutaan Luar Jerman berkata, "Perbuatan yang dilakukan terhadap kedutaan Syria di Berlin mesti dikutuk."


"Kerajaan mengambil berat tanggungjawab mereka menjaga keselamatan semua wakil diplomat dan konsular di Jerman," katanya.

Kata Kementerian itu lagi, penyelaras untuk polisi Timur Tengah di Berlin, Boris Ruge menelefon duta Syria untuk memberi taklimat dan menyatakan kekesalannya mengenai kejadian itu.

Duta Syria yang turut berada di situ ketika polis menahan penunjuk perasaan, membenarkan pihak berkuasa Jerman menyiasat bangunan kedutaan untuk memastikan tiada penunjuk perasaan yang tertinggal.

Dia kemudian membuat aduan rasmi dan polis melancarkan siasatan.

Sementara itu di London, lima orang ditahan ketika merempuh masuk ke kedutaan Syria, semalam.

Kira-kira 150 penunjuk perasaan berkumpul di bangunan yang terletak di Belgrave Square.

Menurut jurucakap Scotland Yard, mereka menahan lima lelaki itu pada jam 2 pagi (GMT) ketika kumpulan penunjuk perasaan itu mula bersurai.

Di Kaherah pula, berpuluh-puluh rakyat Syria merempuh bangunan kedutaan, merosakkan pejabat dan membakar bahagian bawah bangunan itu.

Kira-kira 50 penunjuk perasaan, merempuh pintu pagar kedutaan itu yang terlekat di Garden City sebelum masuk ke bangunan kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan