Sabtu, 4 Februari 2012

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Punca rusuhan bola sepak di Mesir

Posted:

Punca rusuhan bola sepak di Mesir

Punca rusuhan bola sepak di Mesir

SEORANG penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati dengan insiden kematian 74 orang di sebuah stadium di Port Said memegang sehelai bendera Mesir semasa dia bertempur dengan anggota-anggota pasukan keselamatan dekat bangunan Kementerian Dalam Negeri di Kaherah semalam.


LAUSANNE, Switzerland - Rusuhan yang membunuh 74 orang di Mesir dilihat sebagai sesuatu yang tidak asing dalam bola sepak.

Insiden para peminat berlari ke padang, bergaduh dan dipijak sehingga mati merupakan adegan yang berulang kali berlaku di seluruh stadium di dunia.

Namun, pada kali ini, kejadian yang berlaku di sebuah stadium di Port Said, Mesir pada Rabu lalu mempunyai beberapa perkara penting berbanding insiden-insiden di stadium di seluruh dunia.

Paling penting, bola sepak telah menjadi satu lebih daripada satu permainan dalam dunia Arab dan ia mempunyai kaitan dengan politik.

Sebelum kebangkitan penduduk Arab, menghadiri perlawanan bola sepak merupakan antara beberapa tempat yang merupakan lokasi untuk orang ramai melemparkan kekecewaan dalam kehidupan semasa diperintah oleh para pemimpin yang kuku besi.

Di Mesir, para peminat yang ekstrem memainkan peranan penting dalam kebangkitan penduduk yang popular sehingga menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu.

Mesir ketika ini diperintah oleh majlis ketenteraan yang diketuai Fil Marsyal Mohamed Hussein Tantawi selepas Mubarak meletakkan jawatan.

Latar belakang keganasan di Mesir dan Asia Barat di stadium- stadium bola sepak secara asasnya berbeza dengan tempat lain di dunia," kata seorang pengarang di laman blog yang berjudul, The Turbulent World of Middle East Soccer, James Dorsey dan pakar Kajian Antarabangsa Sekolah Rajaratnam di Singapura.

Stadium Port Said yang menjadi lokasi kejadian itu berlaku bukannya kemudahan berkelas dunia seperti stadium Old Trafford di Manchester United.

Dibina pada tahun 1950-an, stadium itu didirikan sebelum Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Bawah 20 Tahun anjuran Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Dalam rusuhan itu, para peminat bola sepak kelab Al-Masry meluru keluar ke padang selepas perlawanan tamat ekoran kemenangan mengejut kelab tersebut yang mengalahkan kelab ternama dari Kaherah, Al-Ahly, 3-1.

Para peminat itu kemudian mengejar para penonton dan pemain pasukan lawan mereka.

Rusuhan itu melibatkan penggunaan senjata seperti parang, batu dan pisau.

Serangan itu, juga dikatakan berlaku ekoran cacian para peminat kelab dari Kaherah itu ke atas bandar Port Said.

Sementara itu, tiga orang mati semalam apabila rusuhan terbaharu di bangunan Kementerian Dalam Negeri di Kaherah, Mesir menyebabkan tiga orang mati.

Tunjuk perasaan itu diadakan bagi menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana polis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang rusuhan tersebut daripada berlaku.

Rusuhan itu juga dilaporkan merebak di Terusan Suez sehingga mengakibatkan pihak polis melepaskan tembakan pemedih mata bagi menyuraikan tunjuk perasaan. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

NATO rangka biaya gaji anggota keselamatan Afghanistan

Posted:

NATO rangka biaya gaji anggota keselamatan Afghanistan

NATO rangka biaya gaji anggota keselamatan Afghanistan


PARA menteri daripada negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) bermesyuarat pada hari kedua di ibu pejabat NATO di Brussels, Belgium semalam.


BRUSSELS - Para pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyertai Amerika Syarikat (AS) dan Perancis kelmarin bagi mendesak tentera Afghanistan untuk mengetuai semua operasi tempur menjelang pertengahan 2013, setahun lebih awal daripada jangkaan.

Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta dan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy telah mengemukakan cadangan bahawa tentera perikatan sepatutnya berundur secara beransur-ansur pada 2013.

Pada tahun 2010, para pemimpin NATO bersetuju bahawa tentera Afghanistan sepatutnya mengambil alih kawalan keselamatan dari satu wilayah ke wilayah lain sehingga negara itu mempunyai tanggungjawab penuh menjelang tahun 2014.

Tentera NATO bertumpu di Afghanistan selepas AS dan sekutunya melancarkan serangan memerangi pengganas terutamanya, Taliban pada tahun 2001.

Sementara itu, menteri-menteri dari negara-negara NATO semalam cuba menyelesaikan isu kontroversi tentang bagaimana untuk membayar gaji anggota keselamatan Afghanistan yang kian bertambah.

Afghanistan yang merupakan antara negara termiskin di dunia itu tidak mampu membiayai perbelanjaan berjumlah AS$6 bilion (RM18 bilion) setahun, maka negara-negara anggota NATO perlu membiayai sebahagian besar daripadanya.

Namun, langkah-langkah berjimat-cermat dan pemotongan bajet yang dibuat berikutan krisis kewangan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menyukarkan lagi usaha untuk memperoleh dana. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Girls Generation jumpa peminat di New York

Posted:

Girls Generation jumpa peminat di New York

Girls Generation jumpa peminat di New York


ANGGOTA-ANGGOTA kumpulan Girls Generation yang terdiri daripada Seohyeon (kiri), Sunny, Taeyeon, Yoori, Tiffany, Hohyeon, Sooyoung dan Yoona (kanan) bergambar di kedai Best Buy di New York kelmarin.


NEW YORK - Anggota-anggota kumpulan Girls Generation dari Korea Selatan menjadi tumpuan para peminat di kedai Best Buy di sini kelmarin.

Para peminat termasuk dari Taiwan datang untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan kumpulan itu yang terkenal dengan irama pop Korea itu.

Kumpulan itu mengadakan sesi bertemu peminat semasa mereka melawat bandar raya ini.

Anggota-anggota kumpulan itu terdiri daripada Seohyeon, Sunny, Taeyeon, Yoori, Tiffany, Hohyeon, Sooyoung dan Yoona. - Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan