Sabtu, 4 Februari 2012

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Aset Syria diserang

Posted: 04 Feb 2012 02:46 PM PST

Dunia

Puak anti-Damsyik sasar kedutaan di Eropah, Asia Barat

LONDON: Berpuluh-puluh penunjuk perasaan Syria memecahkan tingkap selain melakukan kebakaran ditahan semalam selepas menyerbu kedutaan negara mereka di beberapa bandar raya di Eropah dan Asia Barat bagi memprotes pembunuhan penduduk.

Kedutaan Syria di London, Athens, Kaherah, Kuwait City dan Jeddah diserbu atau menjadi sasaran dalam tunjuk perasan menyusuli satu serbuan terhadap kedutaan di Berlin beberapa hari sebelumnya. Tindakan itu dilakukan selepas pembangkang Syria menuduh tentera melakukan pembunuhan beramai-ramai pada tengah malam menyebabkan 260 penduduk terbunuh di tengah bandar raya Homs dan ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersedia untuk mengundi draf isu Syria.

Dalam satu kenyataan di Beirut, Majlis Kebangsaan Syria menggesa dunia bertindak dan menuntut Russia mengubah pendirian dalam Majlis Keselamatan PBB dan mengutuk rejim Presiden Bashar al-Assad.

"Protes itu meletus dan draf itu dirangka selepas tentera Syria melancarkan bom di tempat tunjuk perasaan di Homs yang membunuh ramai orang awam dalam kejadian pembunuhan massa ngeri, di negara yang dilanda kebangkitan," kata pembangkang itu.

Di London, enam ditahan kerana memecah masuk kedutaan Syria. Kira-kira 150 berhimpun di luar bangunan itu di Belgrave Square.
Jurucakap Scotland Yard berkata, lima orang ditahan kerana memasuki bangunan itu selepas penunjuk perasaan bermula kira-kira 2 pagi. Seorang lagi ditahan kerana menyerang pegawai keselamatan.

"Kami akan memantau situasi itu dan menempatkan polis untuk berkawal," kata jurucakap berkenaan. Beberapa tingkap kedutaan pecah ketika protes dilakukan.

"Di Athens, kira-kira 50 penunjuk perasaan Syria menceroboh kedutaan negara mereka, memecah tingkap dan melukis slogan antipemerintah di dinding," kata sumber polis. Seramai 12 rakyat Syria dan seorang rakyat Iraq ditahan.

Di Kaherah, puluhan aktivis memecah pintu pagar kedutaan di kejiranan Garden City, masuk ke dalam dan membakar tingkat bawah bangunan itu. Dinding kedutaan terbakar dan gelas bertaburan di lantai manakala perabot dan komputer dirosakkan.

Di Kuwait City, pengawal kedutaan cuba meleraikan penunjuk perasaan dengan melepaskan tembakan ke udara. Sekurang-kurangnya dua cedera, kata Persatuan hak Asasi Kemanusiaan Kuwait dalam halaman Twitter mereka.

Satu sumber keselamatan memberitahu agensi berita beberapa lagi ditahan.

Di Jeddah, puluhan penduduk Syria melakukan tunjuk perasaan di luar konsulat, melaungkan slogan 'dengan jiwa kami, darah kami, kami berkorban untuk syahid,' sebelum disuraikan pasukan keselamatan.

Sehari sebelumnya di Berlin, kira-kira 20 penunjuk perasaan memecah masuk kedutaan Syria dan memusnahkan perabot, menggantungkan bendera di tingkap dan menulis slogan di dinding. Kesemua mereka ditahan tetapi dibebaskan selepas polis mengambil butiran mereka. – AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita umur 39 tahun paling diingini lelaki

Posted: 04 Feb 2012 02:44 PM PST

Dunia

Sofia Vergara

Sofia Vergara

Pelakon Sofia Vergara jadi pilihan pembaca majalah AskMen 2012

LOS ANGELES: Apa yang paling kerap diperkatakan ialah wanita muda paling dikejar oleh industri filem Hollywood tetapi ini tidak benar sekurang-kurangnya tahun ini berdasarkan kriteria pembaca majalah AskMen bagi senarai '99 Wanita Paling Diingini' selepas aktres seksi Sofia Vergara menduduki tempat teratas, minggu ini.

Malah, ketika pelakon Modern Family itu yang berusia 39 tahun terpilih, pelakon terkenal seperti Jennifer Aniston dan Angelina Jolie yang lebih muda dan glamor tidak langsung masuk dalam senarai itu. Vergara menduduki tempat ke-3 senarai berkenaan tahun lalu. Malah, pemenang tahun lalu, Blake Lively berada di tempat ke-31 kali ini.

Ini bermakna Vergara mengalahkan orang lebih muda termasuk Miranda Kerr yang berada di tempat ke-4, Nicki Minaj (5), Emma Stone (6), Scarlett Johansson (7) serta Candice Swanepoel (10).

Vergara nyata gembira dengan pencapaiannya apabila memberitahu laman web majalah berkenaan: "Saya rasa sungguh dihargai sebagai wanita paling diingini pembaca AskMen tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang mahukan saya."

Ketiadaan Aniston dan Jolie mungkin menandakan lelaki sudah mengubah selera atau kriteria mereka. Sebab itu mereka memilih Vergara selain Kim Kardashian yang berada di tempat ke-8, Rihanna (9) dan Zooey Deschanel (12).
Senarai yang dikeluarkan AskMen kali ini adalah yang ke-11 sejak dilancarkan dan lebih sejuta pembaca mengundi pilihan mereka bagi senarai 2012.

Penyingkiran Aniston dan Jolie juga dianggap pembaca majalah itu kini mengutamakan muka baru dan ia ketara bagi pilihan lima teratas dengan model Kate Upton di tempat ke-2 selepas tiada dalam senarai tahun lalu.

Selepas Upton ialah Rooney Mara di tempat ke-3 yang semakin dikenali menerusi filem The Girl with the Dragon Tattoo yang disusuli pencalonan Oscar.

Antara paling melonjak ke kedudukan lebih tinggi termasuk aktres Glee, Lea Michele yang kini di tempat ke-19 berbanding 91, tahun lalu dan penyanyi Selena Gomez di tempat ke-14. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan