Sabtu, 4 Februari 2012

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Zuckerberg tetap kuasai Facebook

Posted: 03 Feb 2012 08:41 AM PST

NEW YORK: Pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg akan mengekalkan penguasaan terhadap rangkaian sosial itu walaupun selepas ia menjadi syarikat awam kelak.

Dokumen yang difailkan Facebook untuk tawaran penyenaraian awam mendedahkan Zuckerberg, yang melancarkan rangkaian sosial itu dari bilik asramanya di Universiti Harvard ketika berusia 19 tahun, menguasai 28.2 peratus saham syarikat itu.


Dengan nilai syarikat itu sebanyak AS$100 bilion (RM300 bilion), saham Zuckerberg akan bernilai RM84 bilion.

Lebih penting lagi, Zuckerberg, 27, Pengerusi Facebook dan Ketua Eksekutif, menguasai 57 peratus bahagian mengundi selepas pemegang saham lain menyerahkan hak mengundi mereka kepadanya menerusi 'proksi yang tidak boleh ditarik balik.' "Memandangkan Zuckerberg menguasai majoriti kuasa mengundi, kami adalah 'syarikat yang dikuasai' di bawah tadbir urus korporat untuk syarikat yang disenaraikan di bursa saham,' menurut dokumen yang difailkan Facebook.


"Zuckerberg boleh menguasai semua hal yang dikemukakan kepada pemegang saham kami untuk diundi dan juga keseluruhan pengurusan dan hala tuju syarikat.


"Zuckerberg akan menentukan 'pemilihan pengarah dan sebarang penggabungan atau penjualan semua atau sebahagian aset kami," kata Facebook.

Penganalisis media sosial, Lou Kerner di secondshares.com berkata, bakal pemegang saham tidak perlu bimbang. "Pelabur hanya mahu hak untuk bercakap apabila ada kesilapan berlaku.


'Rentak inovasi yang berlaku di Facebook sebenarnya tidak dapat ditandingi. Ini kerana ia dikendalikan oleh seorang yang berusia 27 tahun yang amat inovatif," kata Kerner. - AFP



Full content generated by Get Full RSS.

Terbabit dalam pelbagai tindakan undang-undang

Posted: 03 Feb 2012 08:37 AM PST

WASHINGTON: Ketika Facebook bersiap sedia untuk disenaraikan sebagai syarikat berteknologi tinggi paling kaya di Wall Street, ia berdepan tindakan undang-undang dan saman baru.

Rangkaian sosial itu memohon menawarkan saham AS$5 bilion (RM15 bilion) Rabu lalu yang akan mewujudkan satu daripada syarikat awam terbesar Amerika Syarikat.


Meskipun ketika Facebook mencorak semula cara penduduk di seluruh dunia berkomunikasi, ia berdepan dengan begitu banyak tindakan undang-undang yang akan memerlukan sejumlah besar peguam dan bertahun-tahun untuk menyelesaikannya.

Dalam dokumen yang difailkannya kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook berkata, ia kini menghadapi banyak tindakan undang-undang dan lebih banyak lagi dijangka pada masa depan. - AP



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan