Harian Metro: Global |
Doktor Whitney bakal disoal siasat Posted: 14 Feb 2012 10:58 AM PST LOS ANGELES: Mayat penyanyi Whitney Houston tiba di bandar kelahirannya, di Newark, New Jersey malam tadi di sebalik laporan bahawa doktor peribadinya bakal berdepan soalan bagaimana dia boleh mendapat dadah yang ditemui di bilik hotelnya. Mayat Whitney diterbangkan dari Los Angeles dengan jet peribadi dan dibawa ke rumah pengurusan mayat Whigham di Newark yang menguruskan pengebumian bapanya pada 2003.
Mayat Whitney diterbangkan pulang ketika doktor peribadinya dijangka disoal sama ada dia mendapat dadah yang ditemui di biliknya di Hotel Beverly Hilton secara haram. Mayat penyanyi berusia 48 tahun itu ditemui dalam tab mandi di bilik hotel Sabtu lalu, di kelilingi pelbagai ubat termasuk ibuprofen - pil tahan sakit, Xanax - ubat anti-resah, Midol - untuk sakit datang bulan, amoxicillin - untuk jangkitan bakteria dan pelbagai ubat lain. Koroner akan meminta salinan rekod perubatannya dan akan membandingkannya dengan pelbagai ubat yang ditemui di bilik hotelnya, kata satu sumber kepada The Sun. Sekiranya seseorang memberi Whitney ubat secara haram, mereka boleh didakwa.
Menurut satu sumber, penyanyi itu menghabiskan hari-hari terakhirnya dengan dadah.
Satu sumber memberitahu laman web berkenaan, keputusan itu dibuat "sebagai menghormati Whitney Houston" dan kebimbangan mengenai tahap keselamatan. - DM |
Posted: 14 Feb 2012 10:53 AM PST RIO DE JANEIRO: Seorang wartawan Brazil ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali, wartawan kedua ditembak mati kurang daripada dua minggu di negara Amerika Selatan itu. Pengarang laman berita Mercosul News, Paulo Rodrigues mati di Ponta Para di negeri Mato Grosso do Sul di selatan kira-kira jam 11.30 malam waktu tempatan selepas ditembak beberapa kali oleh dua lelaki yang menunggang motosikal, lapor laman berita itu.
Rodrigues, 51, juga adalah pengarang akhbar Jornal da Praca. Organisasi wartawan negeri menyeru pihak berkuasa "mengambil tindakan segera bagi memastikan jenayah itu diselesaikan dan pihak yang bersalah dihukum".
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan