Harian Metro: Global |
Remaja kemaruk barangan plastik Posted: 10 Feb 2012 08:40 AM PST LOS ANGELES: Siri My Strange Addiction disiarkan saluran TLC pernah memaparkan pelbagai kerenah manusia yang ketagih objek pelik, termasuk kanji jagung hingga kemaruk tidur dengan pengering rambut. Dalam musim terbarunya yang disiarkan sehari dua lagi di Amerika Syarikat, My Strange Addiction menjanjikan kejutan paling hebat.
Berasal dari Sacramento, California, Kailyn percaya sehingga kini dia memakan lebih 60,000 barangan plastik sejak 11 tahun lalu.
"Plastik adalah sesuatu yang saya mahu dan saya berasa perlu kepadanya," katanya.
"Saya sukakan rasa plastik itu hancur ketika dikunyah, selain teksturnya yang kasar tetapi lembut pada masa yang sama," katanya.
|
Wanita Inggeris bercakap pelat Perancis selepas hidap selesema Posted: 10 Feb 2012 08:37 AM PST LONDON: Debie Royston terkejut apabila mendapati dia tiba-tiba mula bercakap dengan pelat Perancis selepas menghidap selesema, lapor media semalam. Ibu berasal dari Birmingham itu berkata, dia mengalami masalah selesema beberapa kali sejak tahun lalu.
Kata Debie, 40, dia terfikir untuk berkata sesuatu tetapi mulutnya gagal berfungsi.
Kata Debie, dia memang gembira mampu bertutur semula tetap berasa janggal dengan gaya pertuturannya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan