Selasa, 24 Januari 2012

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Perang psikologi ke atas Iran

Posted:

Perang psikologi ke atas Iran

Perang psikologi ke atas Iran


Menggerunkan : Kapal pengangkut pesawat USS Abraham Lincoln


TEHERAN 24 Jan. – Iran menuduh negara-negara Eropah melancarkan 'perang psikologi' selepas Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan import minyak dari Iran.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam pada itu berkata, Washington akan mengenakan sekatan lanjut ke atas Teheran bagi menghadapi 'ancaman serius daripada program nuklear Iran'.

Republik Islam itu, yang menafikan program nuklearnya bertujuan untuk membina bom nuklear, mencemuh usaha untuk menyekat eksport minyaknya, sementara negara-negara Asia bersiap sedia untuk membeli minyak yang ditolak oleh Eropah.

"Sekatan EU ke atas minyak Iran adalah perang psikologi.

"Mengenakan sekatan ekonomi ialah langkah yang tidak logik dan tidak adil tetapi tidak akan menghalang negara kami daripada mendapat haknya," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast, semalam.

Katanya, negara-negara Eropah dan negara yang ditekan Amerika patut memikirkan kepentingan mereka sendiri.

"Mana-mana negara yang menolak bekalan dari pasaran tenaga Iran akan segera mendapati negara lain telah mengambil tempatnya," kata Mehmanparast.

Pelanggan terbesar Iran, China menolak tekanan AS supaya ia mengurangkan import minyaknya dari Teheran, begitu juga dengan negara-negara Asia yang lain.

India semalam berkata, sekatan memaksa Iran menjual minyak dengan harga lebih murah dan India merancang untuk mengambil kesempatan penuh daripada penurunan harga itu dengan membeli seberapa banyak minyak yang boleh.

Sekatan EU itu termasuk pengharaman segera ke atas semua kontrak baru bagi mengimport, membeli atau mengangkut minyak mentah dan produk petroleum Iran. – REUTERS

Full content generated by Get Full RSS.

Bekas ejen CIA didakwa bocorkan maklumat

Posted:

Bekas ejen CIA didakwa bocorkan maklumat

Bekas ejen CIA didakwa bocorkan maklumat


John Kiriakou


WASHINGTON 24 Jan. - Bekas pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mengesahkan penggunaan kaedah penyeksaan waterboarding ke atas anggota kanan al-Qaeda, Abu Zubaydah, didakwa membocorkan maklumat sulit kepada wartawan, termasuk mengenal pasti dua pegawai CIA, semalam.

Menurut agensi itu, John Kiriakou yang berkhidmat dengan CIA antara tahun 1990 hingga 2004, didakwa kerana melanggar peraturan yang melarang mengenal pasti pegawai dilindungi, membocorkan maklumat sulit dan menipu lembaga pemeriksa penerbitan CIA.

Dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah atas kesemua tuduhan itu.

"Melindungi maklumat sulit dan pegawai-pegawai CIA dalam operasi sensitif sangat penting untuk memastikan keselamatan anggota perisikan dan negara.

"Dakwaan hari ini memperkuatkan lagi komitmen Jabatan Kehakiman untuk menghukum mereka yang tidak bertanggungjawab dan memberi amaran kepada semua supaya tidak mendedahkan maklumat sulit seperti itu," kata Peguam Negara, Eric Holder.

Kiriakou mendapat perhatian umum selepas satu wawancara dengan BBC News pada Disember 2007 di mana dia menjadi pegawai Amerika Syrikat pertama menceritakan mengenai kaedah penyeksaan waterboarding ke atas Abu Zubaydah.

Menurut Jabatan Kehakiman, Kiriakou turut menjadi sumber maklumat kepada berita yang disiarkan oleh New York Times pada Jun 2008 yang merujuk pegawai CIA terlibat dalam kes penyeksaan Abu Zubaydah.

Dia juga didapati menipu lembaga pemeriksa CIA untuk mendapatkan kebenaran menerbitkan buku mengenai pengalamannya yang bertajuk The Reluctant Spy: My Secret Life in the CIA's War on Terror. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan