Selasa, 15 November 2011

Utusan Online - Luar Negara

Utusan Online - Luar Negara


Peluru berpandu kawal Olimpik

Posted:

Peluru berpandu kawal Olimpik

Peluru berpandu kawal Olimpik

LONDON 15 Nov. – Setiausaha Pertahanan Britain, Philip Hammond tidak menolak kemungkinan negara ini akan menggunakan peluru berpandu darat ke udara bagi mengawal keselamatan semasa Sukan Olimpik 2012.

Beliau yang menjawab pertanyaan bekas Setiausaha Pertahanan Liam Fox di Parlimen semalam berkata, langkah itu mungkin diambil, sekiranya pihak tentera menyarankan perlu penggunaan peluru berpandu itu.

Fox berkata, peluru berpandu darat ke udara sudah dirancang bagi temasya sukan terbesar itu sejak Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Bekas Setiausaha Pertahanan itu turut menyoal Hammond tentang 'benteng pertahanan serta pencegahan' semasa Sukan Olimpik di London.

"Semua langkah yang perlu untuk memastikan keselamatan Sukann Olimpik London akan diambil," kata Hammond.

Beribu-ribu anggota tentera Britain akan ditempatkan di lokasi-lokasi strategik kejohanan selepas satu kajian keselamatan untuk temasya itu menunjukkan pihak berkuasa perlu menggandakan bilangan pengawal di stadium dan lokasi-lokasi strategik lain.

Perbincangan dengan Kementerian Pertahanan sedang dijalankan selepas kajian itu menyatakan 10,000 pengawal keselamatan mungkin tidak mencukupi untuk mengawal keadaan.

Buat masa ini, kira-kira 6,000 tentera bakal ditugaskan mengawal situasi sepanjang temasya sukan itu.

Pegawai, semalam turut menolak satu laporan akhbar Guardian yang menyatakan Amerika Syarikat (AS) bakal menghantar 1,000 ejen khas termasuk 500 daripada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi membantu aspek keselamatan semasa temasya sukan itu. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.

Polis serbu pusat gerakan anti-Wall Street

Posted:

Polis serbu pusat gerakan anti-Wall Street

Polis serbu pusat gerakan anti-Wall Street


Seorang lelaki dihalang oleh polis New York ketika pihak polis cuba menyuraikan protes 'Occupy Wall Street' di Zuccotti Park, New York, semalam. - AFP


NEW YORK 15 Nov. - Polis menyerbu Zuccotti Park di sini yang menjadi pusat pergerakan anti-Wall Street awal hari ini dan mengarahkan penunjuk perasaan bersurai.

Kebanyakan daripada beratus-ratus penunjuk perasaan yang berkumpul itu mula meninggalkan dataran berkenaan pada kira-kira pukul 2 pagi (3 petang waktu Malaysia).

Sekumpulan kecil penunjuk perasaan yang enggan beredar dikepung dan ditahan oleh polis.

''Liberty Square (Zucotti Park), lokasi mulanya pergerakan Occupy Wall Street sejak dua bulan lalu kini dihalau oleh sepasukan besar polis,'' kata penunjuk perasaan dalam satu kenyataan.

Pejabat Datuk Bandar New York dalam laman web Twitter menggesa penunjuk perasaan keluar dari kawasan itu buat sementara.

Operasi polis itu berlaku sehari selepas polis pencegah rusuhan menyuraikan kem bantahan yang sama di California dan menangkap lebih 30 penunjuk perasaan.

Demonstrasi terhadap kapitalisme, pengangguran dan beberapa isu ekonomi lain itu kebanyakannya disertai oleh golongan muda yang berkhemah di dataran-dataran di seluruh AS.

Pihak berkuasa menyifatkan demonstrasi itu membahayakan keselamatan awam.

Tindakan menyuraikan demonstrasi itu merupakan yang kedua diambil di Pantai Barat AS di mana pasukan keselamatan itu mengarahkan penunjuk perasaan bersurai di Oakland. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan