Utusan Online - Luar Negara |
Posted: Pertempuran sengit di SirteTentera NTC melancarkan serangan besar-besaran dari timur bandar Sirte menggunakan senjata berat ke tengah bandar itu bagi menawan bandar kelahiran Gaddafi itu, semalam. - AFP SIRTE, Libya 7 Okt. - Tentera Libya menggempur bandar Sirte, menggunakan senjata berat hari ini, serangan terbesar setakat ini untuk menawan bandar kelahiran bekas pemimpin Muammar Gaddafi itu. Kejayaan menawan bandar di tepi pantai itu dianggap penting kerana ia akan menjadi kemenangan simbolik bagi kerajaan baru Libya, dan akan membolehkan mereka menguasai sepenuhnya negara ini, hampir dua bulan sejak pemberontak menawan ibu negara Tripoli. Tentera yang setia kepada Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menghadapi tentangan hebat daripada tentera yang setia kepada Gaddafi yang menggunakan senjata berat bagi mempertahankan bandar itu sejak beberapa minggu lalu. Asap tebal memenuhi ruang udara Sirte ketika kereta kebal tentera NTC melepaskan tembakan dan meriam ke arah tengah bandar itu dari arah timur, bandar ini yang merupakan kubu kuat terakhir yang masih dikuasai tentera yang setia kepada Gaddafi. Beribu-ribu penduduk Sirte telah meninggalkan bandar itu setelah pertempuran semakin sengit. "Serangan dilancarkan dari semua arah. Hari ini kita akan tamatkan pertempuran ini. Dengan izin Tuhan kita akan berjaya menawan Sirte," kata Kolonel Ahmed El-Obeidi, seorang komander NTC. - Reuters |
Bas guna jet jumbo pertama di dunia Posted: Bas guna jet jumbo pertama di duniaLakaran artis bas berteknologi tinggi yang dipanggil 'super bus' menggunakan kuasa elektrik akan digunakan di Emiriyah Arab Bersatu. - Agensi LONDON 7 Okt. - Orang ramai kini boleh mengembara dari Dubai ke Abu Dhabi sejauh 121 kilometer dalam tempoh tidak sampai setengah jam dengan hanya menaiki bas. Bas yang digelar 'super bus', ciptaan seorang angkasawan dari Belanda dan merupakan bekas pakar aerodinamik Formula One, Profesor Wubbo Ockels itu merupakan yang pertama di dunia dan mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam. Bas berteknologi tinggi yang kelihatan seperti sebuah kereta Lamborghini yang panjang itu mampu membawa seramai 23 orang penumpang dan berharga 7 juta pound (RM34 juta). Diperbuat daripada bahan-bahan ringan termasuk aluminium, gentian karbon, kaca gentian dan polikarbonat. Penumpang akan menikmati keselesaan setanding dengan limusin atau jet peribadi ketika menaiki bas sepanjang 15 meter, lebar 2.5 meter dan setinggi 1.65 meter itu yang menggunakan tenaga elektrik daripada kuasa solar. Menurut pereka projek, Antonia Terzi, 'super bus' itu yang dibawa ke Emiriyah Arab Bersatu menggunakan jet jumbo akan melalui kawasan bandar dengan kelajuan yang dibenarkan dan hanya akan memecut apabila memasuki lebuh raya. "Penumpang boleh membuat tempahan tiket secara talian dan kami akan mengambil mereka di rumah dan menghantar ke destinasi mereka," katanya. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan