Ahad, 23 Oktober 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Keluarga tuntut mayat Gaddafi

Posted: 22 Oct 2011 08:23 AM PDT

MISRATA (Libya): Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan mengakhiri serangan udara di Libya, sementara keluarga Muammar Gaddafi menuntut mayat pemimpin itu untuk dikebumikan dengan sempurna selepas kematian secara misteri pemimpin berkenaan menamatkan pemerintahannya selama 42 tahun.

Dalam satu kenyataan di stesen televisyen berpangkalan di Syria, keluarga Gaddafi menuntut mayat Gaddafi, anak lelakinya, Mo'tassim dan beberapa lagi pengikut setia pemimpin terbabit yang terbunuh, Khamis lalu.

"Kami menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Amnesty International menggesa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) menyerahkan mayat pejuang syahid berkenaan kepada suku kaum kami di Sirte bagi membolehkan mereka melakukan upacara pengebumian mengikut syariat Islam," kata kenyataan itu.

Dalam satu kenyataan pada sidang akhbar lewat malam kelmarin, Setiausaha Agung Nato, Anders Fogh Rasmussen berkata, tentera sekutu Barat sudah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi pada 31 Oktober depan.


Seperti pegawai Barat lain, Rasmussen tidak menyuarakan kekesalan atas kematian mengerikan bekas pemimpin Libya itu yang ditangkap masih hidup oleh tentera NTC tetapi sudah mati ketika dibawa ke hospital.


Gaddafi yang cedera dan masih hidup ditangkap ketika bersembunyi di dalam saluran pembetung air di bawah jalan raya. Masyarakat dunia kemudian menyaksikan beberapa rakaman video menunjukkan beliau diseksa pejuang NTC yang menangkapnya ketika dia merayu supaya mereka menghormati haknya sebagai manusia.

Pegawai NTC berkata, Gaddafi kemudian mati di dalam ambulans akibat kecederaan dialami, tetapi pemandu ambulans, Ali Jaghdoun memberitahu media, Gaddafi sudah mati ketika dia mengangkut mayat pemimpin itu.

"Saya tidak cuba untuk menyelamatkannya kerana beliau sudah mati," katanya. Kenyataan itu mengukuhkan lagi dakwaan Gaddafi dibunuh tentera NTC sebelum beliau sempat dibicarakan.

Sementara itu, badan hak asasi kemanusiaan PBB berkata, siasatan perlu dilakukan bagi memastikan sama ada Gaddafi dibunuh atau sebaliknya. - Reuters

Full content generated by Get Full RSS.

3 beranak sebar propaganda anti-kerajaan dipenjara

Posted: 22 Oct 2011 08:22 AM PDT

HANOI: Mahkamah di Vietnam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap tiga beranak yang juga aktivis hak asasi tanah kerana menyebarkan propaganda anti-kerajaan, lapor media kerajaan, semalam.

Menurut akhbar Parti Komunis, Nhan Dan, Nguyen Ngoc Cuong, 55, dihukum penjara tujuh tahun, manakala anak lelakinya yang berusia 25 tahun dipenjara dua tahun. Menantunya pula menerima hukuman yang kemudian digantung.


Ketiga-tiga beranak itu dikenali kerana sering berkempen mewakili petani yang berbalah dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu tanah yang semakin berleluasa di Vietnam. Kumpulan hak asasi manusia berkata, puluhan individu yang mengkritik dasar kerajaan dihukum penjara untuk tempoh lama sejak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyuarakan bantahan mulai akhir 2009. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan