Jumaat, 21 Oktober 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Harta Gaddafi RM121 bilion dijejak

Posted: 21 Oct 2011 01:14 PM PDT

Dunia

PEMBACA menatap akhbar di tepi jalan dengan gambar Gaddafi yang dilaporkan terbunuh, semalam.

PEMBACA menatap akhbar di tepi jalan dengan gambar Gaddafi yang dilaporkan terbunuh, semalam.

Kematian tragik bekas pemimpin Libya diraikan rakyat hidup tertindas

TRIPOLI: Kematian bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi diraikan berjuta-juta penduduk Libya yang yakin bahawa ia akan membuka sejarah baru kepada rakyat negara itu yang sejak sekian lama hidup di bawah pemerintahan kuku besi.

Bagaimanapun, kematian beliau belum mengakhiri masalah Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang bertindak sebagai kerajaan sementara kerana kini ia perlu mendapatkan semula harta dan kekayaan bekas pemimpin itu yang 'bertaburan' di beberapa negara. Butiran dari dokumen yang dibocorkan kepada pertubuhan anti- rasuah Global Witness menyatakan Gaddafi memiliki kekayaan dalam bentuk wang tunai dan aset yang diletakkan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Pelaburan Libya (LIA) bernilai AS$38 bilion (RM121 bilion), disimpan di bank di Eropah dan Amerika selain dilaburkan dalam pelbagai syarikat.

Ia bagaimanapun tidak memberi maklumat mengenai pelaburan lain yang dilakukan Syarikat Pelaburan Arab Libya Luar Negara (Lafico) yang juga anak syarikat LIA yang ada kepentingan di beberapa negara.

Maklumat menunjukkan LIA mempunyai pegangan saham di beberapa syarikat antarabangsa yang terkenal, termasuk Nokia.

"Bank Eropah terbesar yang menyimpan wang Gaddafi ialah syarikat perkhidmatan kewangan Perancis Société Générale, yang sehingga Jun tahun lalu menyimpan wang berjumlah AS$1.8 bilion (RM5.76 bilion) di dalam beberapa akaun," kata laporan itu.
Sebuah bank antarabangsa di Malta pula dilapor menyimpan kira-kira AS$239 juta (RM764 juta) dalam bentuk dana lindung nilai manakala sebuah bank di Amerika, Goldman Sachs menyimpan AS$182 juta (RM582 juta), manakala Royal Bank of Scotland memiliki sejumlah AS$110 juta (RM352 juta).

"Adalah tidak masuk akal bahawa bank terbabit boleh 'bersembunyi' di sebalik maklumat sulit pelanggan dalam kes seperti ini. Ini adalah akaun negara dan pemiliknya adalah rakyat Libya," kata pengarah Global Witness melalui laman web pertubuhan itu.

Pemangku perdana menteri kerajaan baru, Mahmoud Jibril berkata pihaknya akan melakukan semua perkara yang perlu untuk memulihkan demokrasi dan memulihkan semula negara itu, termasuk mendapatkan semula dana yang kini dibekukan di beberapa negara.

Mac lalu, Presiden Amerika Barack Obama mengarah perbendaharaan menyekat aset Libya di negara itu bernilai AS$30 bilion (RM96 bilion), aset terbesar negara asing yang pernah dibekukan. – Agensi

INFO: Beberapa fakta pelik mengenai Gaddafi

  • Khemah kalis peluru: Apabila Muammar Gaddafi berada di rumahnya di Tripoli, beliau tinggal di pekarangan kukuh dengan sistem kompleks terowong untuk melarikan diri.
  • Rombongan Pengawal Peribadi Gadis: Mereka nampaknya tidak bersama ketika Gaddafi amat memerlukan mereka kelmarin tetapi pemimpin itu dilindungi 40 pengawal peribadi terlatih, semuanya wanita.
  • Jururawat seksi Ukraine: Untuk sedekad, Galyna Kolotnytska, jururawat Ukraine yang sering disifatkan media sebagai seksi, selalu dilihat berada di sebelah pemimpin kuku besi itu.
  • Jatuh cinta dengan Condoleezza Rice: Pada 2007, Gaddafi menggelarkan bekas Setiausaha Negara Amerika, Condoleezza Rice sebagai kekasih wanita kulit hitam Afrikanya.
  • Takut untuk terbang dan menaiki tangga bergerak: Sebahagian alasan mengapa Gaddafi gemar ke luar negara membawa khemah kerana beliau bimbang menginap di hotel kerana perlu menaiki tangga bergerak.
  • Bunga Bunga: Pelacur berusia 17 tahun dikenali sebagai Karima el-Mahroug, atau lebih popular dengan nama Ruby Heartstealer, mendedahkan beliau dijemput ke pesta yang digelar bunga-bunga.
  • Pakaian bercampur aduk: Pakaiannya bercampur daripada seragam tentera, sut ringkas gaya Miami Vice dan jubah Badwi.
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Bekas pemimpin tetap dikebumi secara terhormat

    Posted: 21 Oct 2011 01:11 PM PDT

    Dunia

    MISRATA: Pemimpin baru Libya memberi jaminan bahawa Muammar Gaddafi akan dikebumikan mengikut ajaran Islam, sehari selepas saat-saat terakhir dramatik beliau apabila diktator terbabit diseret dari tempat persembunyiannya dalam saluran longkang, merayu supaya tidak dibunuh ketika bandar kelahiran beliau jatuh ke tangan pejuang revolusi.

    Kematian beliau kira-kira dua bulan selepas penyingkirannya menamatkan rejim hampir 42 tahun yang menukarkan negara kaya dengan minyak itu menjadi sebuah negara yang dikritik antarabangsa. Ia turut membawa Libya ke dalam era baru di mana pemimpin peralihan perlu mengatasi perpecahan dan membina semula hampir semua institusi dari awal untuk mencapai demokrasi yang diimpikan.

    Pemimpin NTC bagaimanapun masih lagi tidak membuat sebarang keputusan bila dan di mana mayat Muammar Gaddafi akan dikebumikan, kata menteri penerangan Libya semalam di tengah persoalan mengenai bagaimana bekas pemimpin itu mati. "Tiada keputusan dibuat mengenai pengebumian Gaddafi," sama ada mayatnya masih berada di Misrata di mana ia dibawa selepas kecederaan yang membawa maut berikutan ditangkap di Sirte, kata Mahmud Shamam kepada AFP.

    Pemimpin NTC dilihat begitu berhati-hati mengenai rancangan pengebumian itu, enggan untuk menjadikan kubur Gaddafi bakal menjadi tempat perhimpunan bagi penyokong setianya.

    Mayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.

    Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya.
    Gaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.

    "Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya," kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.

    "Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya." Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.

    Sementara itu ahli NTC Mohamed Sayeh berkata bahawa Gaddafi akan dikebumikan pada Jumaat di sebuah kawasan perkuburan Sirte, menafikan laporan bahawa beliau akan dikebumikan di sebuah kubur rahsia. – AP/AFP

    Full content generated by Get Full RSS.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan