Kosmo Online - Dunia |
- Kawasan kubur jadi tapak apartmen di Singapura
- Penduduk kampungtangkap buaya gergasi
- Ribuan pemberontak tiba di kubu kuat Gaddafi
Kawasan kubur jadi tapak apartmen di Singapura Posted: Kawasan kubur jadi tapak apartmen di Singapura
SINGAPURA - Kawasan perkuburan Bukit Brown seluas 86 hektar di sini akan dibangunkan untuk didirikan apartmen. Ia dianggap sebagai kawasan perkuburan paling tua yang dipercayai menempatkan kubu penduduk Cina yang tertua di Singapura. Bukit Brown dibuka pada 1922 dan dinamakan sempena seorang pemilik kapal, George Henry Brown yang tiba di Singapura pada 1840. Bagaimanapun, para penyokong pemuliharaan warisan meminta ia dipulihara daripada sebarang kegiatan pembangunan. "Bagi saya, Bukit Brown merupakan salah satu daripada aspek warisan Singapura yang patut diberikan peluang kedua," kata Irving Johnson yang bertugas sebagai penolong profesor Kajian Asia Tenggara di Universiti National Singapura. - AFP | |
Penduduk kampungtangkap buaya gergasi Posted: Penduduk kampungtangkap buaya gergasiGAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina. MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina. Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu. Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu. Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas. Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu. Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP | |
Ribuan pemberontak tiba di kubu kuat Gaddafi Posted: Ribuan pemberontak tiba di kubu kuat GaddafiTARHOUNA, Libya - Para pemberontak tiba di salah satu kubu kuat Muammar Gaddafi di Bani Walid semalam walaupun dia diberikan peluang untuk menyerah diri. Ribuan pemberontak tiba di Bani Walid yang merupakan bandar di sebuah kawasan gurun yang terletak 140 kilometer ke tenggara Tripoli. Gaddafi kini sedang melarikan diri selepas rejimnya tumbang manakala bandar Tripoli ditawan pemberontak yang mahu dia menyerah diri selepas 42 tahun berkuasa. Para pemberontak kini menguasai kebanyakan kawasan di Libya dan kini dalam proses mewujudkan sebuah kerajaan. Buat sementara waktu, Libya kini ditadbir Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang mewakili pemberontak.- Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan