Harian Metro: Global |
Anak Krisdayanti mirip Raul Lemos Posted: 05 Sep 2011 09:00 AM PDT JAKARTA: Penyanyi, Kris- dayanti semalam selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinannya dengan usahawan dari Timor Leste, Raul Lemos. Kakak Krisdayanti, Yuni Shara, ketika bercakap kepada wartawan mengenainya berkata, bayi perempuan itu yang diberi nama Aryana Amora Lemos, dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean dengan berat 2.9 kilogram dan panjang 48 sentimeter.
Krisdayanti melahirkan anaknya di hospital itu pada jam 1.45 petang.
"Aryana bermaksud intan dan Amora pula cinta. Jadi nama itu bererti intan yang penuh cinta," kata Raul.
Pasangan itu berkahwin 20 Mac lalu.
|
Posted: 05 Sep 2011 08:58 AM PDT LONDON: Seorang lelaki menikam isteri yang baru dikahwini dan ibu mentuanya sebelum melarikan seorang kanak-kanak. Mangsa ketiga, seorang gadis berusia 19 tahun dikatakan turut ditikam di lehernya. Dia dilaporkan tenat di hospital. Suspek dikatakan membawa kanak-kanak lelaki itu ke pusat bandar sambil memegang pisau berlumuran darah. Polis semalam menahan seorang lelaki berusia 21 tahun itu ketika dia merayau-rayau di Thame, Oxfordshire bersama seorang kanak-kanak kerana disyaki membunuh dua wanita terbabit.
Anggota paramedik yang dikejarkan ke kediaman mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua wanita itu tetapi mereka mati di tempat kejadian. Kedua-dua mangsa adalah rakyat Britain walaupun mereka dikatakan berkahwin dengan lelaki Turki.
"Kami percaya tidak ada suspek lain yang terlibat dalam kejadian itu." - DM |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan