Ahad, 14 Ogos 2011

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Penyerang Ashraf didakwa

Posted:

Penyerang Ashraf didakwa

Penyerang Ashraf didakwa

PAPARAN YouTube menunjukkan seorang perusuh mencuri barang daripada beg sandang Ashraf (kanan) sambil diperhatikan rakan-rakan mereka dalam rusuhan di London pada 8 Ogos lalu.


LONDON – Polis Britain mendakwa seorang lelaki kerana merompak pelajar Malaysia, Muhammad Ashraf Haziq Rosli di sini dalam insiden yang ditonton oleh berjuta-juta orang menerusi klip video di Internet, kata agensi polis Scotland Yard semalam

Dalam klip video berkenaan, Ashraf yang mengalami patah tulang rahang dalam kekacauan di Barking, timur bandar raya ini, dilihat sedang dibantu untuk berdiri oleh beberapa lelaki sebelum mereka sebaliknya meragut barang-barang di dalam beg sandangnya.

Susulan kejadian itu, polis Britain mendakwa Reece Donovan yang berusia dalam lingkungan 20-an dan berasal dari Romford, di sini, kerana merompak Ashraf.

Seorang jurucakap polis berkata, Donovan dihadapkan ke mahkamah lewat semalam.

Dia ditangkap pada Khamis lalu berikutan kemarahan orang ramai berhubung serangan yang berlaku ke atas pelajar Malaysia berusia 20 tahun itu.

Ashraf menjalani pembedahan kerana patah tulang rahang pada Rabu lepas susulan serangan tersebut dan dibenarkan keluar dari hospital pada keesokan harinya. Klip video serangan tersebut ditonton hampir tiga juta kali di laman perkongsian video YouTube dengan insiden itu dikecam Perdana Menteri David Cameron yang menganggapnya sebagai 'menjijikkan'.

Polis Britain telah menangkap lebih 1,600 orang semasa

rusuhan empat hari yang menggemparkan bandar raya ini dan beberapa bandar utama lain

di Britain pada minggu ini.

– Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Stesen komuter China ada beg tinju gergasi

Posted:

Stesen komuter China ada beg tinju gergasi

Stesen komuter China ada beg tinju gergasi


SEORANG lelaki mencuba beg tinju yang dipasang di stesen komuter Xujiahui, Shang Hai.


SHANGHAI, China – Beberapa beg tinju dipasang di stesen komuter Xujiahui di sini untuk membantu orang ramai supaya 'lebih bertenang' lapor sebuah akhbar semalam.

Ditaja jenama sukan terkenal, Adidas, pengguna komuter yang marah, penat atau mabuk boleh menumbuk dan menendang beg tinju gergasi itu untuk melegakan perasaan mereka selepas ia dipasang baru-baru ini.

Pemasangannya juga diharap dapat mengurangkan kes petugas stesen komuter dimaki hamun penumpang akibat tertinggal tren seperti yang kerap berlaku sebelum ini.

Di permukaan beg tinju itu tertera pelawaan kepada orang ramai untuk menggunakan 'kemudahan' tersebut yang memberitahu: "Setiap tahun, anda menghabiskan masa sekitar 1,824 minit di platform komuter. Jangan bazirkan masa, sudilah lepaskan satu dua tumbukan untuk mengurangkan tekanan dalam diri anda!" – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Telefon pintar ‘lembab’ di pedalaman

Posted:

Telefon pintar 'lembab' di pedalaman

Telefon pintar 'lembab' di pedalaman


PENDUDUK di pedalaman disaran agar tidak menggunakan telefon pintar jika mereka mahukanv penerimaan terbaik semasa membuat panggilan.


LONDON, Britain – Penduduk kawasan pedalaman disaran tidak membeli telefon pintar jika mereka mahu memastikan penerimaan isyarat terbaik semasa membuat panggilan, menurut satu kajian seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Kajian oleh agensi telekomunikasi Ofcom mendapati telefon bimbit lama dengan rangkaian 2G dapat membuat panggilan dengan jelas di lokasi pedalaman kerana ia memiliki ruang dalaman lebih luas untuk antena.

Telefon pintar 3G seperti iPhone pula walaupun boleh digunakan untuk mengakses rangkaian berkelajuan tinggi, e-mel dan Internet, memiliki prestasi kurang memuaskan untuk membuat panggilan di ceruk rantau.

"Di pedalaman, kami mendapati telefon lama 2G yang murah menghasilkan prestasi lebih baik berbanding telefon pintar yang mahal untuk membuat panggilan," kata satu Ofcom dalam satu kenyataan.

"Selain kelebihan antena, telefon lama ini tidak perlu menukar daripada rangkaian 2G kepada 3G seperti telefon pintar," tambah kenyataan tersebut. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan