Ahad, 14 Ogos 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Model perosak

Posted: 13 Aug 2011 08:05 AM PDT

LONDON: Rusuhan melanda beberapa bandar di England beberapa hari lalu menampakkan kemunculan watak baru sebagai dalang penjarah harta awam.

Jika biasanya perusuh terdiri daripada ahli kumpulan samseng atau penjenayah, kali ini ia turut membabitkan remaja yang pada zahirnya tidak ganas.


Antara individu yang berjaya ditahan ialah model wanita berusia 22 tahun dan dua remaja perempuan.

Model itu, Shonola Smith, kelihatan menyeka air matanya ketika hakim menjatuhi hukuman penjara enam bulan kerana memecah masuk pasar raya di Croydon.


Dia ditangkap bersama adiknya, Alicia, dan rakan mereka Donness Bissessar, 22, ketika polis menyerbu bangunan itu malam Isnin.


Ketika ditahan, Alicia membawa 10 bungkusan gula-gula getah yang dicurinya dari sebuah kedai serbaneka berhampiran.

Ketiga-tiga mereka tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan sebelum ini dan hakim mengarahkan mereka dipenjara enam bulan atas tuduhan menceroboh pasar raya dengan niat mencuri.


Hakim, Robert Hunter, berkata ia satu tragedi apabila seseorang yang memiliki perwatakan baik dan berpelajaran akhirnya dipenjara atas kesalahan jenayah.

"Bagaimanapun, saya tak boleh mengabaikan hakikat bahawa kamu menyebabkan kerugian kepada perniagaan dan penduduk setempat.


"Perbuatan kamu sangat serius dan hanya hukuman penjara layak untuknya. Mudah-mudahan ia menjadi pengajaran kepada yang lain," katanya.


Sementara itu, Hollie Bentley, 19 berdepan hukuman penjara kerana menggunakan Facebook menghasut orang ramai memulakan rusuhan.


Hollie didakwa mengepos catatan "Siapa mahu?" di status Facebook miliknya.


Walaupun tiada rusuhan berlaku di tempatnya di Wakefield, Yorkshire Barat, Hollie tetap ditahan kerana disyaki menggalakkan orang ramai mengganas.


Remaja kedua baru berusia 14 tahun dan berdepan empat tuduhan mencuri pakaian, cakera padat, dan minyak wangi dari beberapa pasar raya sekitar London.


Dia kini diikat jamin sementara menunggu perbicaraan tidak lama lagi. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hollywood dibelenggu masalah pedofilia

Posted: 13 Aug 2011 08:03 AM PDT

LOS ANGELES: Bekas bintang kanak-kanak era hujung 1980-an mendakwa, industri hiburan Hollywood dibayangi ancaman pedofilia.

Mengaku dirinya dikelilingi pemburu seks budak seawal usianya 14 tahun, Corey Feldman berkata, rakannya dalam siri Lost Boys, Corey Haim, adalah antara pelakon yang menjadi mangsa seorang tokoh terkenal Hollywood.


"Saya tidak menyedari kehadiran pedofilia itu sehinggalah saya lebih dewasa dan memahami apa yang mereka mahukan," katanya dalam temu bual untuk laporan khas terbitan televisyen ABC.

Menurut Feldman, kematian sahabatnya, Haim, ketika baru berusia 38 tahun banyak dipengaruhi kesan penderaan seksual dialaminya sebelum ini.


Bagaimanapun, Feldman enggan menamakan tokoh Hollywood dimaksudkannya itu.


"Masalah utama di Hollywood sejak dulu, kini dan selamanya ialah pedofilia tetapi ia dilakukan secara sulit.

"Di sana, ada sekumpulan lelaki tua yang gemar bermesra dengan kumpulan kanak-kanak dan mereka mempunyai kuasa atau hubungan erat dengan tokoh besar dalam industri hiburan," katanya. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan