Berita Harian: Dunia |
Tragedi berdarah sambut ulang tahun Posted: 14 Aug 2011 01:40 PM PDT Dunia ORANG ramai membantu mengeluarkan mangsa yang terkorban dalam serangan bom di Dera Allah, Pakistan, semalam. - Foto Reuters QUETTA: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dan 23 yang lain cedera, apabila letupan bom meranapkan sebuah bangunan hotel dan restoran dua tingkat di bandar Dera Allah, 300 kilometer ke timur Quetta, ibu negeri wilayah Baluchistani barat daya Pakistan semalam. Di wilayah lain, empat orang menjadi mangsa serangan dan tembakan ketika Pakistan menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-64 semalam. Pegawai kanan polis di Dera Allah Javed Gharsheen berkata, bom terbabit disembunyikan di satu sudut hotel dan ia meletup ketika sekumpulan penghuni berada di dalam dewan. Saksi berkata bangunan hotel itu musnah sama sekali.Beliau berkata angka kematian dijangka meningkat kerana ramai lagi dipercayai masih terperangkap di celah runtuhan bangunan itu. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab setakat ini, tetapi pihak berkuasa mengesyaki ia dilakukan kumpulan pemisah Baluch yang sejak sekian lama menuntut hak autonomi dan kuasa ke atas sumber asli di wilayah itu. Di bandar Khuzdar, 300 kilometer ke selatan Quetta, kumpulan lelaki yang menunggang motosikal menembak mati wartawan agensi berita Online, Munir Noor ketika beliau dalam perjalanan pulang daripada membeli-belah di sebuah pasar berhampiran kediamannya. Di Miranshah, wilayah barat laut Pakistan, sekurang-kurangnya tiga tentera paramilitari terbunuh manakala 25 lagi cedera apabila militan melepaskan bedilan roket ke arah kem mereka. Seorang pegawai berkata, empat roket dibedil ke arah kem di bandar utama di Wiziristan Utara itu ketika pasukan askar membuat persediaan untuk mengadakan perhimpunan bagi menyambut Hari Kemerdekaan. "Tiga anggota paramilitari terbunuh, 25 lagi cedera, lima daripada mereka parah," kata pegawai perisikan di tempat kejadian. Sementara itu di CHARIKAR, Afghanistan, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 40 lagi cedera dalam satu serangan bunuh diri di kediaman dan pejabat Gabenor Wilayah Parwan, Abdul Basir Salangi semalam. Abdul Basir ketika memberitahu sebuah stesen televisyen tempatan berkata enam pengebom bunuh diri menyerbu kawasan kediaman dan pejabatnya sebelum meletupkan bom dan melepaskan tembakan. "Saya berada di dalam bangunan pejabat ketika serangan dilakukan. Seramai 14 orang awam dan lima anggota polis terbunuh, manakala 40 lagi cedera," katanya. Seorang pegawai berkata, lima letupan besar berlaku di kompleks pejabat dan kediaman itu dengan tiga daripadanya meletup di bahagian dalam bangunan, hanya 15 meter dari pejabat gabenor. Sekurang-kurangnya dua pegawai tentera Amerika juga berada di tempat kejadian tetapi mereka terselamat. – AFP Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 14 Aug 2011 01:39 PM PDT Dunia TENTERA Filipina berkawal di bangunan kerajaan di Datu Piang, semalam. MANILA: Kumpulan pemisah terbesar Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) semalam, berkata pihaknya sudah mengarahkan panglimanya menghentikan serangan ke atas seorang pemimpin gerila bagi menamatkan perbalahan perebutan tanah yang sudah membunuh sekurang-kurangnya 14 orang manakala lebih 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. Jurucakap MILF Von Al Haq, berkata salah seorang panglima kumpulan itu, Adzme Kasim, diarah menghentikan serangan dan mengambil kedudukan bertahan untuk mengurangkan pertempuran di bandar Datu Piang. Tentera kerajaan tidak campur tangan tetapi memantau perkembangan itu.Jurucakap tentera wilayah, Kolonel Prudencio Asto, berkata 14 anggota kumpulan pemisah maut dalam pertempuran itu, termasuk enam di pihak Kasim manakala lebih 3,000 penduduk kampung meninggalkan kawasan pertempuran dan mendapatkan perlindungan di sembilan bangunan sekolah yang dikawal tentera. Konflik yang dikenali penduduk tempatan sebagai rido, sudah lama mencetuskan kebimbangan mengenai keselamatan di selatan Filipina. Satu gencatan senjata yang dipantau pasukan tentera asing diketuai Malaysia diadakan antara askar kerajaan dengan pemberontak dan tiada pertempuran dilaporkan tahun ini.
Al-Haq berkata, dua komander pemisah di Datu Piang, kira-kira 900 kilometer ke tenggara Manila, cuba mendapatkan pemilikan ladang seluas enam hektar. Brig Jen Restituto Aguilar berkata, perbalahan antara Kasim, yang mengetuai unit bersenjata MILF dan Abunawas Ebad dari Pejuang Pembebasan Islam Bangsa Moro bertambah buruk. Beliau juga berharap pertempuran itu tidak merebak ke kawasan lain. – AP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan