Harian Metro: Global |
Mangsa jerung dapat kaki bionik Posted: 19 Aug 2011 08:14 AM PDT NASHVILLE: Seorang pemuda yang nyaris mati akibat serangan ganas jerung enam tahun lalu, kini boleh hidup normal selepas menjadi bahan ujian untuk kaki bionik paling canggih dalam pasaran. Craig Hutto baru berusia 16 tahun apabila seekor jerung mengheretnya dari beting pasir ketika dia leka memancing bersama abangnya, Brian, di Teluk Mexico.
Hutto, 23, juga bernasib baik kerana ketika kejadian, ada tiga anggota perubatan berada di kawasan pantai sama secara kebetulan dan mereka berjaya menghentikan aliran darah.
Kaki itu akhinya dipotong beberapa sentimeter di atas lutut dan Hutto terpaksa meneruskan pembelajaran di Lebanon, Tennessee menggunakan kerusi roda.
Di situ dia diperkenalkan kepada Prof Michael Goldfarb, seorang pensyarah yang sedang membangunkan kaki robotik palsu di Universiti Vanderbilt.
|
5 maut festival rock dilanda ribut Posted: 19 Aug 2011 08:11 AM PDT [unable to retrieve full-text content]HASSELT (Belgium): Angin kencang melanda utara Belgium turut menjejaskan satu festival muzik rock Pukkelpop dan membunuh lima orang, kata Datuk Bandar Hasselt, Hilde Claes semalam. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan