Utusan Online - Luar Negara |
Satu terkorban banjir di Jepun Posted: Satu terkorban banjir di Jepun
TOKYO 30 Julai - Banjir di Jepun meragut korban pertama hari ini ketika hampir 400,000 orang digesa berpindah selepas bencana itu mengorbankan berpuluh-puluh orang di semenanjung Korea. Kerajaan tempatan di Niigata dan Fukushima mengeluarkan arahan berpindah selepas agensi kaji cuaca kebangsaan mengeluarkan amaran tahap tertinggi tentang ramalan lebih banyak banjir dan tanah runtuh akan berlaku. Rakaman dari helikopter yang disiarkan oleh NHK menunjukkan banyak jambatan di sungai Shinano di Niigata ditenggelami air, sementara pokok-pokok dan tiang telefon turut tumbang. Kamo City di Niigata paling terjejas teruk apabila banjir menenggelamkan jalan-jalan di bandar itu. NHK melaporkan, sejumlah 396,000 orang digesa berpindah awal hari ini, tetapi tiada arahan wajib dikeluarkan walaupun paras air sungai meningkat, tembok pecah dan rumah ditenggelami air. Korban pertama, Eiichi Murayama, 67, maut di Tokamachi City, di Niigata awal hari ini selepas kenderaan yang dipandunya dihanyutkan air semalam, menurut polis di Niigata. - AFP | ||
China nafi sembunyi bukti nahas kereta api Posted: China nafi sembunyi bukti nahas kereta apiBEIJING 30 Julai - Agensi berita China, Xinhua semalam menafikan khabar angin yang menyatakan pihak berkuasa perkhidmatan kereta api negara ini cuba menyembunyikan bukti dengan menanam gerabak kereta api berkelajuan tinggi yang rosak akibat nahas minggu lalu. Xinhua yang memetik pegawai dari Kementerian Kereta Api yang enggan dikenali melaporkan, pemusnahan bukti tidak berlaku sepanjang proses menangani insiden itu. Menurut sumber itu, hanya beberapa gerabak yang rosak ditanam di tempat kejadian bagi membolehkan operasi pembersihan dan menyelamat dijalankan. Nahas terburuk melibatkan perkhidmatan kereta api China sejak 2008 yang berlaku di Wenzhou pada 23 Julai lalu itu menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh. Institut penyelidikan kereta api China sebelum ini telah bertanggungjawab diatas insiden itu yang dikatakan berpunca daripada kerosakan peralatan isyarat. Kerajaan China kini berhadapan rasa tidak puas hati rakyat tentang cara mereka melakukan operasi menyelamat dan cubaan untuk menyekat media melaporkan nahas tersebut. Akbar-akhbar juga mula mempersoalkan teori konspirasi dan keterangan pegawai, isu yang kini mendominasi laman media sosial China. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan