Selasa, 19 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Mengidam penggilap perabot

Posted: 18 Jul 2011 09:06 AM PDT

BIRMINGHAM: Seorang ibu menghadapi masalah pelik sepanjang tempoh kehamilannya - mengidam makan penggilap perabot.

Emma Veness, 26, perlu makan semburan pembersih itu sekurang-kurangnya tiga kali sehari.


Wanita yang hamil tujuh bulan itu sudah memakan tiga tin semburan pembersih meskipun bimbang ia boleh menjejaskan bayi perempuan yang dikandungnya.

Emma yang disahkan menghidap Pica, penyakit yang jarang berlaku yang menyebabkan penghidapnya mengidam bahan bukan makanan berkata: "Saya tidak dapat menjelaskan kenapa saya begitu sukakannya.


Saya berpendapat ia banyak berkait dengan teksturnya.


"Biasanya saya akan menyemburnya sedikit pada jari dan menjilatnya atau menyemburnya pada kain pengesat dan menghisapnya."

Emma yang berasal dari Birmingham mula mengidam penggilap perabot apabila hamil dengan anak pertamanya, Darcie yang kini berusia 11 bulan.


Seperti dirinya, teman lelakinya, Gavin Wallis, 27, begitu terdesak untuk menghentikan ketagihan Emma.

Emma, gemar penggilap daripada jenama Asda Smart Price berkata: "Saya mengunjungi doktor tetapi dia hanya memberitahu saya supaya memakan coklat." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Puting di tapak kaki wanita

Posted: 18 Jul 2011 08:58 AM PDT

pix_topright

LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.

Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.


Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.


Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.


Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.

Pengarangnya menulis: "Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.


"Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai 'pseudomamma.' "Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki." Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.

"Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha," menurut jurnal itu. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan