Berita Harian: Dunia |
Posted: 18 Jul 2011 03:50 PM PDT Dunia KONFLIK perebutan kuil Preah Vihear berusia 900 tahun antara Thailand dan Kemboja menyaksikan puluhan ribu penduduk dipindahkan dan 18 terkorban dalam pertempuran sejak Februari lalu. THE HAGUE: Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam mengarahkan Thailand dan Kemboja supaya mengundurkan tentera mereka dari satu zon yang diisytiharkan sebagai sebagai kawasan larangan di tapak kuil purba Preah Vihear dan kembali semula ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik berdekad lamanya. Puluhan ribu penduduk kampung di kedua-dua tapak dipindahkan semula, manakala 18 orang terkorban dalam pertempuran antara Kemboja dan Thailand sejak Februari lalu, apabila ketegangan memuncak kembali dalam perebutan kuil Hindu lama itu. Mahkamah membuat keputusan mewartakan semula zon larangan tentera dengan 11 undian berbalas lima serta bersetuju bahawa keadaan di kawasan itu 'kekal tidak stabil' dan 'mungkin lebih buruk', selain menggesa Thailand dan Kemboja mengadakan rundingan.Hakim Hisashi Owada berkata, Kemboja dan Thailand berdepan risiko hubungan tegang berikutan tiada penyelesaian. Beliau mengarahkan kedua-dua negara membenarkan pemantau dari Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk memasuki kawasan itu. Menteri Luar Thailand, Kasit Piromya, berkata Bangkok menghormati keputusan itu dan penubuhan satu zon larangan tentera tidak menghalang rundingan berhubung tuntutan ke atas kawasan itu. "Kami berpuas hati bahawa pengunduran tentera terpakai ke atas kedua-dua Kemboja dan Thailand yang juga bertentangan dengan kehendak Kemboja," kata Kasit kepada media di mahkamah.
Kemboja enggan mengulas kepada media di sini. Kedua-dua Kemboja dan Thailand membuat tuntutan ke atas kawasan tanah di sekitar kuil Preah Vihear berusia 900 tahun, sebuah tapak Warisan Dunia UNESCO dalam satu pertelingkahan yang menukar kepada konflik berdarah Asia Tenggara dalam tempoh sedekad. Pertelingkahan itu berikutan masalah politik dalaman di kedua-dua Kemboja dan Thailand, menjejaskan kredibiliti ASEAN berikutan ketidakupayaannya menangani masalah itu. – Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Panglima tentera AS di Afghanistan letak jawatan Posted: 18 Jul 2011 03:49 PM PDT Dunia Petraeus, yang berkhidmat sebagai komander pasukan antarabangsa diketuai Amerika selama setahun, mendakwa mencapai beberapa kejayaan ke atas Taliban dengan tentera diketuai NATO menstabilkan beberapa bahagian selatan ketika pasukan keselamatan tempatan bersiap sedia untuk mengambil alih. Jeneral itu berundur untuk mengetuai Agensi Perisikan Pusat (CIA). Satu upacara penyerahan jawatan kepada Leftenan Kolonel David Rodriguez diadakan pagi semalam. Pengerusi Ketua Staf Bersama Amerika, Laksamana Mike Mullen, yang melawat Afghanistan dan bertemu Karzai kelmarin, juga dijangka menghadiri upacara berkenaan.Perkhidmatan Petraeus di Afgh anistan terus menjadi persoalan ketika keganasan berterusan dan diburukkan lagi dengan pembunuhan mengejut dua sekutu Karzai di selatan, adik lelakinya Selasa lalu dan seorang penasihat kanan kelmarin. Penyerang bersenjata membunuh penasihat kanan Jan Mohammad Khan, bekas gabenor wilayah selatan Uruzgan, dalam satu serbuan di rumahnya kelmarin, kata seorang pegawai kerajaan dan polis kepada AFP. Pembunuhan itu hanya beberapa hari selepas adik tiri presiden Ahmed Wali Karzai ditembak mati oleh ketua keselamatan di rumahnya di wilayah selatan Kandahar. Taliban mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua pembunuhan terbabit. – AFP Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan