Ahad, 17 Julai 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jennifer Lopez, Anthony bercerai

Posted: 16 Jul 2011 09:28 AM PDT

LOS ANGELES: Penyanyi yang juga pelakon, Jennifer Lopez akan bercerai dengan suami, Marc Anthony selepas tujuh tahun berkahwin.

Pasangan itu mendedahkan keputusan mereka dalam kenyataan bersama kepada majalah People, semalam.


"Ia keputusan yang amat sukar. Kami mencapai keputusan itu selepas menimbang semua perkara," kata mereka.

Jennifer dan Anthony berpacaran seketika tetapi putus pada 1990-an sebelum menyambung percintaan mereka pada 2004.


Mereka melangsungkan perkahwinan pada tahun itu juga dalam majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman Jennifer di Beverly Hills.


Penyanyi itu melahirkan anak kembar, Max dan Emme pada Februari 2008. "Ia keputusan amat menyedihkan bagi semua," kata pasangan itu dalam kenyataan berkenaan.

Jennifer yang juga dikenali sebagai JLo, mula memegang watak utama menerusi filem 'Selena' pada 1997 sebelum dicalonkan untuk anugerah Grammy dalam nyanyian. Album terbarunya, yang ketujuh, berjudul 'Love' diterbitkan April lalu.


Ia adalah perkahwinan ketiga bagi Jennifer dan kedua untuk Anthony. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah taksub Internet

Posted: 16 Jul 2011 09:27 AM PDT

LONDON: Penggunaan Internet secara melampau boleh merosakkan otak remaja.

Kajian yang dilakukan saintis menunjukkan tanda-tanda berlakunya kelemahan pada otak di kalangan remaja yang banyak menghabiskan masa melayari Internet.


Ia boleh menjejaskan tumpuan dan ingatan di samping keupayaan untuk membuat keputusan dan merancang.

Ia juga boleh mendorong kepada tingkah laku tidak sesuai.


Penyelidik mengimbas otak 18 pelajar universiti berusia 19 tahun yang menghabiskan masa antara lapan hingga 13 jam sehari di depan Internet selama enam hari seminggu.


Pelajar berkenaan dikategorikan sebagai penagih Internet dan diperlukan menjawab lapan soalan, termasuk sama ada mereka sudah mencuba untuk berhenti menggunakan komputer dan sama ada mereka berbohong kepada anggota keluarga mengenai jumlah masa yang dihabiskan pada Internet.

Keputusan itu kemudian dibandingkan dengan sekumpulan pelajar kedua terdiri daripada 18 orang yang hanya menghabiskan masa dua jam sehari di depan Internet.


Hasilnya menunjukkan ada berlaku kedutan pada permukaan otak, tempat memproses memori, emosi, pengucapan, penglihatan, pendengaran dan kawalan motor berlaku pada kumpulan pertama.

Hasil imbasan otak pelajar itu menunjukkan semakin lama ketagihan Internet mereka berlaku, semakin serius kerosakan itu.


"Keputusan kami menunjukkan ketagihan jangka panjang terhadap Internet akan menyebabkan perubahan pada struktur otak," kata penyeluidik.


Kajian itu dilakukan oleh pakar neurosains dan radiologi di universiti dan hospital di China.


Kira-kira 24 juta remaja negara itu dipercayai ketagih Internet. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan