Khamis, 16 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Hef dicampak tunang

Posted: 15 Jun 2011 10:20 AM PDT

LOS ANGELES: Tunang Hugh Hefner yang berusia 25 tahun, Crystal Harris membatalkan perkahwinan mereka di California. Perkara itu didedahkan pengasas Playboy berusia 85 tahun itu di laman Twitternya, semalam.

"Perkahwinan itu dibatalkan," tulis Hefner. "Crystal sudah berubah hati." Hefner melamar Crystal supaya mengahwininya ketika parti Krismas tahun lalu.


Satu majlis sudah dirancang Sabtu ini di rumah agam Playboy milik Hefner, kediaman mewah gaya Gothic di Beverly Hills. Perkahwinan itu sepatutnya menjadi perkahwinan ketiga buat Hefner.

Crystal tidak menjelaskan mengapa dia meninggalkan Hefner kecuali tulisannya dalam akaun Twitter miliknya mengatakan keputusan itu diambil selepas 'merenung serta berfikir secara mendalam' dan dia juga akan terus menghormati Hefner.


Komen awal Crystal di Twitter mengenai perpisahan itu lebih mengelirukan: "Ada dua kesilapan dilakukan seseorang dalam perjalanan menuju kebenaran," tulisnya. "Tidak dilakukan dengan sepenuh hati dan tidak pernah memulakannya." Menurut gosip dalam laman TMZ.com, sumber di rumah agam Playboy berkata, pasangan itu bertengkar di telefon hujung minggu lalu dan Crystal tidak lagi tinggal di rumah berkenaan. Crystal juga menulis bahawa dia berharap media akan memberi ruang yang diperlukan pada masa ini kepada mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cara luar biasa bawa kereta baru pulang jauh

Posted: 15 Jun 2011 10:16 AM PDT

KERETA Mazda 626 yang dibaringkan pada bahagian sisinya dalam van.
KERETA Mazda 626 yang dibaringkan pada bahagian sisinya dalam van.

HAMBURG: Dua pemilik kenderaan dari Kazakhstan memiliki cara luar biasa untuk mengangkut kenderaan baru mereka dari Jerman - dengan menyumbatnya ke dalam van bagi menjimatkan kos berbanding mereka menggunakan treler.

Apabila mereka tidak dapat memasukkan kereta Mazda 626 itu ke dalam van dengan cara biasa, mereka membaringkan kereta itu di bahagian sisinya bagi dimuatkan ke dalam van berkenaan. Dua lelaki yang berasal dari negara yang sama dengan penulis karakter komik Borat, Sacha Baron Cohen meletakkan tilam di bawah kereta itu dan diimbangkan dengan kusyen.


Mereka bercadang membawanya pulang kira-kira 3,540 kilometer dari Bargteheide, dekat Hamburg.

Namun, Konstanty Krol, 38, dan Cezar Chmielewski, 28, ditahan polis dalam perjalanan ke Kazakhstan selepas mereka melihat van itu melilau dari kiri ke kanan.


Dua lelaki berkenaan - yang berjaya memasukkan kereta berkenaan dengan bantuan beberapa rakan - turut melindungi muatan dibawa apabila mereka menutup cermin tingkap van terbabit dengan surat khabar.


Jurucakap polis berkata, van dan kereta itu disita dan dua lelaki berkenaan diarahkan supaya mendapatkan pengangkutan yang bersesuaian untuk membawa kereta itu sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan