Khamis, 16 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Laman web CIA digodam

Posted: 16 Jun 2011 01:37 PM PDT

Dunia

PENUNJUK perasaan memakai topeng kumpulan Anonymous di Puerta del Sol, Madrid, Ahad lalu.

PENUNJUK perasaan memakai topeng kumpulan Anonymous di Puerta del Sol, Madrid, Ahad lalu.

Lulz Security mengaku serang

BOSTON: Laman web awam Agensi Perisikan Pusat (CIA) lumpuh semalam apabila kumpulan penggodam yang menggelar diri mereka Lulz Security mengaku melancarkan serangan ke atasnya.

Lulz Security sebelum ini mengaku bertanggungjawab dalam beberapa serangan ke atas Senat Amerika, Sony Corp, News Corp dan Rangkaian Sistem Penyiaran Amerika. Laman CIA pada mulanya tidak boleh diakses dari New York ke San Francisco dan Bangalore ke London. Bagaimanapun pada sebelah petang ia boleh diakses sekali sekala.

"Kami sedang menyiasat laporan ini," kata jurucakap CIA.
Lulz Security menghapuskan halaman depan laman web, menghantar maklumat peribadi mengenai pelanggan dan pentadbir dan mendedahkan carta organisasi beberapa laman.

Penganalisis keselamatan bagaimanapun tidak memandang serius kesan serangan ini dan berkata penggodam sekadar menunjuk-nunjuk untuk mendapat seberapa banyak perhatian yang boleh.
"Dalam kes serangan ke atas laman CIA, penggodam tidak boleh mengkases data sensitif dengan menceroboh laman web umum agensi itu. Apa yang dilakukan hanyalah untuk menyatakan betapa hebatnya mereka dan betapa teruknya sistem keselamatan CIA," kata penulis bersama buku Inside Cyber Warfare: Mapping the Cyber Underworld, Jeffrey Carr.

Lulz yang mempunyai anggota di seluruh dunia, mengumumkan serangan itu sejurus sebelum jam 6 petang waktu Pantai Timur.

Walaupun kumpulan itu yang juga dikenali sebagai Lulz Boat, menunjukkan imej yang lebih menjurus kepada aktivis, anggotanya dikehendaki oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan pihak berkuasa lain kerana melanggar undang-undang. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Al-Qaeda pilih al-Zawahri ganti Osama

Posted: 16 Jun 2011 01:36 PM PDT

Dunia

pix_gal0
KAHERAH: Al-Qaeda memilih orang nombor dua untuk menggantikan Osama bin Laden berikutan serbuan komando Amerika Syarikat bulan lalu yang membunuh pemimpin militan itu, kata satu kenyataan yang disiarkan dalam satu halaman web yang dikaitkan dengan rangkaian itu.

Ayman al-Zawahri (atas), yang akan memasuki usia 60 tahun minggu depan, dipercayai beroperasi dari tempat berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan.

Beliau adalah anak seorang keluarga doktor dan ulama Mesir kelas pertengahan atas. Bapanya adalah seorang profesor farmakologi di sebuah sekolah perubatan di Universiti Kaherah, sebuah pusat pengajian agama utama. Dalam satu rakaman video disiarkan awal bulan ini, al-Zawahri memberi amaran bahawa Amerika Syarikat berhadapan dengan bukan pengganas individu atau kumpulan tetapi masyarakat antarabangsa Islam yang cuba untuk memusnahkannya dan sekutu beliau.

"Hari ini, Amerika Syarikat tidak berhadapan dengan satu individu, sebuah kumpulan atau serpihan," katanya yang memakai jubah putih dan serban dengan senapang bersandar di dinding di belakang beliau.

Al-Zawahri juga memuji Osama, yang terbunuh dalam serbuan 2 Mei oleh Tentera Laut SEALs Amerika Syarikat di bandar tentera Pakistan, Abbottabad, dan mengkritik Amerika Syarikat kerana menguburkan beliau di laut.

"Beliau pergi kepada Tuhannya sebagai syahid, orang yang menakutkan Amerika Syarikat ketika hidup dan menakutkan mereka dengan kematian, sehingga mereka mendapat idea dengan kubur terbabit," katanya.
Al-Qaeda tidak mempunyai butiran mengenai proses pemilihan bagi menggantikan Osama tetapi berkata bahawa ia adalah satu penghormatan terbaik untuk memperingati 'kematian syahid' beliau.

Kenyataan itu mengumumkan penggantian al-Zawahri adalah penuh dengan retorik biasa rangkaian keganasan itu, berikrar untuk meneruskan perjuangan menentang apa yang dipanggil 'penaklukan kafir yang diketuai Amerika dan Israel yang menyerang kediaman Islam.

Kumpulan itu juga berkata bahawa ia tidak akan menerima kesahihan Israel dan akan meneruskan sokongan umat Islam di Afghanistan, Iraq dan Afrika Utara. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan