Selasa, 14 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Blair baca al-Quran tiap hari

Posted: 13 Jun 2011 09:42 AM PDT

BLAIR...anggap Islam agama yang indah.
BLAIR...anggap Islam agama yang indah.

LONDON: Walaupun pernah menolak perbincangan mengenai agama ketika mentadbir Britain, Tony Blair kini dilaporkan membaca al-Quran setiap hari sejak melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.

Blair juga semakin kerap membincangkan secara terbuka mengenai kepentingan agama kepada manusia.


Media melaporkan, beberapa bulan selepas meninggalkan No 10 Downing Street pada 2007, Blair mengikut fahaman Katolik dan kini rajin menelaah al-Quran.

Bekas pemimpin Parti Buruh itu berkata, hasil pembacaan al-Quran beliau dapat memastikan dirinya sentiasa celik agama.


Dalam temu bual dengan majalah Observer dan diterbitkan semalam, Blair berkata, dia percaya celik agama sangat penting dalam era globalisasi.


"Saya membaca al-Quran setiap hari, antaranya untuk memahami sesetengah perkara yang berlaku di dunia, tetapi lebih penting, ia bersifat sangat instruktif," katanya.

Blair berkata, pengetahuan mengenai Islam membantunya melaksanakan tugas sebagai duta khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Russia ke Timur Tengah.


Blair diutus dalam usaha kuartet terbabit menyelesaikan konflik Israel - Palestin.

Sebelum ini, Blair pernah memuji Islam sebagai agama "indah" dan Nabi Muhammad sebagai tokoh membawa "kekuatan sangat bertamadun." Pada 2006, Blair berkata, al-Quran adalah "buku perubahan yang bersifat inklusif, meletakkan sains dan pengetahuan di tempat tinggi serta membenci tahyul." Adik ipar Blair, Lauren Booth, memeluk Islam pada September tahun lalu dan membuat pengumuman terbuka mengenainya kira-kira sebulan kemudian. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guru biologi ambil rahim ibu untuk cuba hamil

Posted: 13 Jun 2011 09:37 AM PDT

STOCKHOLM: Seorang guru muda biologi bakal menggunakan rahim ibu sendiri dalam usahanya mendapat zuriat, lapor media semalam.

Dilahirkan tanpa rahim secara semula jadi, jika pembedahan itu berjaya, bermakna Sara Ottosson, 25, akan hamil menggunakan rahim yang pernah mengandungkannya selama sembilan bulan satu ketika dulu.


Ibu Sara, Eva Ottosson, 56, bersetuju menjalani prosedur yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Eva - seorang ahli perniagaan berpangkalan di dari Nottingham - bakal mencatat nama sebagai wanita pertama memindahkan rahim kepada anak perempuan sendiri.


Kata Sara, dia tidak memikirkan implikasi daripada keputusan mengambil rahim yang pernah menempatkannya ketika janin dulu.


"Saya seorang guru biologi dan rahim itu sama seperti rahim lain.

"Ibu saya pernah bertanya: Tidakkah prosedur ini aneh? "Saya tidak menganggapnya aneh," katanya.


Menurut Sara, dia lebih bimbangkan Eva kerana perlu menjalani pembedahan besar. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan