Selasa, 14 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Suspek kes bom Bali ditahan

Posted: 14 Jun 2011 01:04 PM PDT

Dunia

KEADAAN sebahagian daripada kawasan yang dibom pada 2002 di   Bali.

KEADAAN sebahagian daripada kawasan yang dibom pada 2002 di Bali.

Polis syak lelaki diburu sejak 2002 berkomplot dalam serangan sianida

JAKARTA: Polis Indonesia menahan seorang suspek pengganas yang diburu sejak 2002 atas peranannya dalam pengeboman Bali yang mengorbankan 202 orang.

Jurucakap polis nasional, Brigadier Jeneral Anton Bachrul Alam berkata semalam Heru Kuncoro ditangkap 9 Jun lalu di Pekalongan, sebuah bandar di tengah Jawa. Heru adalah antara 16 orang yang ditahan sejak beberapa hari lalu kerana disyaki berkomplot melakukan serangan sianida ke atas polis.

Pelampau di Indonesia semakin meningkatkan sasaran terhadap polis sejak beberapa tahun lalu selepas tindakan keras pasukan keselamatan menjejas keupayaan pengganas untuk melancarkan serangan dalam skala besar.

Seorang daripada yang ditahan dalam serbuan sianida, Budi Untung Wisesa, mati ketika disoal siasat dan polis berkata bedah siasat menunjukkan dia mati akibat serangan jantung. Media tempatan memetik saudara mara mangsa berkata mereka menemui luka pada kepala Wisesa.

Polis berkata Kuncoro adalah seorang fasilitator yang membeli peralatan elektronik untuk pengeboman 2002 di pulau pelancongan yang mengorbankan kebanyakan pelancong asing.
Dia melarikan diri ke Filipina pada 2003 bersama Dulmatin, didakwa dalang dalam pengeboman Bali yang terkorban dalam satu serbuan polis Indonesia tahun lalu.

Kedua-duanya berpakat dengan Umar Patek, seorang lagi suspek pengeboman Bali, untuk mengendalikan satu kem latihan jihad di selatan Filipina. Patek ditahan di Pakistan Januari lalu.

Dua daripada lelaki yang ditahan, dikenal pasti hanya sebagai Faisal dan Juarni, dipercayai orang suruhan Dulmatin dan Patek dan membantu menyeludup senjata dari Filipina ke Indonesia, kata Alam.

Katanya, kedua-duanya terbabit dalam serangan pengganas ke atas polis di Palu bulan lalu dan dalam satu pengeboman bunuh diri April lalu di Cirebon Jawa Barat yang mencederakan 30 orang dalam sebuah masjid dipenuhi anggota polis. – AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Diusir keluar pesawat kerana cakap lucah

Posted: 14 Jun 2011 01:02 PM PDT

Dunia

NEW YORK: Seorang penulis buku kanak-kanak diusir keluar dari pesawat kerana menggunakan perkataan lucah ketika merungut mengenai kelewatan penerbangan yang dinaikinya.

Robert Sayegh, 37, berkata syarikat penerbangan Atlantic Southeast Airlines bertindak melampau apabila memanggil polis untuk mengusir beliau keluar dari pesawat itu yang berada di lapangan terbang Detroit Metro petang Ahad lalu.

"Perkataan F yang saya gunakan itu tidaklah baik digunakan tetapi saya hanya menggunakannya untuk melepaskan geram dan tidak ditujukan kepada sesiapa," katanya semalam. "Saya tidak rasa saya menengking ketika itu."

Sayegh yang juga seorang penerbit rancangan televisyen berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan saudaranya di Kansas City, Missouri. – Reuters


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan