Selasa, 7 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Adik Ryan Giggs tinggalkan isteri

Posted: 06 Jun 2011 09:54 AM PDT

LONDON: Adik Ryan Giggs semalam meninggalkan isterinya selepas mengetahui bintang bola sepak Manchester United itu menidurinya berulang kali selama lapan tahun.

Rhodri Giggs, 34, begitu kecewa akibat perbuatan abang dan isterinya, Natasha, 28, yang dikahwininya 10 bulan lalu.


Sementara itu, Ryan, 37, berusaha menyelamatkan perkahwinannya yang sebelum ini terjejas berikutan pendedahan skandalnya dengan model, Imogen Thomas.

Rhodri dipetik sebagai berkata semalam: "Saya berada bersamanya (Natasha) Sabtu lalu. Tetapi kini, saya sudah meninggalkannya." Pendedahan skandal seks Ryan dengan Natasha terbongkar, kelmarin.


Beberapa rakan baik Rhodri, termasuk pelakon televisyen, Will Mellor, pengapitnya ketika dia melangsungkan perkahwinan berada bersama-samanya ketika dia mengumumkan keputusannya, semalam.


Seorang rakan berkata, dia begitu kecewa kerana ditipu oleh abang dan isterinya sendiri.

Rhodri berkata: "Saya begitu mengenali abang saya. Memang ada masa hubungan kami baik dan ada masa tidak. Tetapi ini yang paling buruk." Memang dia mengesyaki ada sesuatu yang berlaku antara Ryan dan Natasha tetapi tidak menyangka ia sampai ke tahap melakukan seks.


Sementara itu, Ryan yang sebelum ini terkenal dengan imej bersihnya, berada di Sepanyol dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Bintang bola sepak yang berpendapatan 80,000 (RM400,000) seminggu itu berlepas dari Manchester dengan jet persendirian untuk bersama Stacey dan anak mereka, Libbby, lapan, dan Zach, empat.


Ryan yang dilantik menjadi duta Unicef dan pernah menerima anuguerah Personaliti Sukan 2009 BBC pernah mendakwa keluarga adalah yang paling penting dalam hidupnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Budak 12 tahun bakal dipenjara seumur hidup

Posted: 06 Jun 2011 09:52 AM PDT

MIAMI: Pendakwa raya mahu supaya seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dipenjarakan seumur hidup - bagi mengelakkannya daripada membunuh lagi.

Cristian Fernandez mungkin menjadi banduan seumur hidup termuda di Amerika selepas dia disyorkan dibicarakan sebagai orang dewasa dalam kes pembunuhan adiknya berusia dua tahun.

Pendakwa raya Angela Corey berkata: "Kami terpaksa melindungi orang awam daripada kanak-kanak ini." Sekiranya Fernandez didakwa sebagai juvana dan didapati bersalah, dia akan dibebaskan apabila mencecah usia 21 tahun.

Fernandez didakwa membelasah adiknya David Galarriago hingga mati di kediaman mereka di Jacksonville, Florida, Mac lalu.

David mati akibat keretakan di kepala yang menyebabkan pendarahan pada otaknya.

Dia meninggal dua hari selepas dimasukkan ke hospital.

Laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan dialaminya disebabkan oleh pukulan benda tumpul di kepalanya.

Fernandez sebelum itu pernah menyerang adiknya dan mematahkan kakinya.


Angela berkata, dia mahu budak itu dibicarakan sebagai orang dewasa selepas mengkaji semula sejarah keganasan.


- Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan