Selasa, 7 Jun 2011

Berita Harian: Dunia

Berita Harian: Dunia


Singapura gesa generasi muda bujang kahwin

Posted: 07 Jun 2011 03:28 PM PDT

Dunia

MCYS cari jalan atasi masalah kelahiran rendah di republik itu

SINGAPURA: Kerajaan Singapura meminta generasi muda yang belum berkahwin supaya berbuat demikian bagi meningkatkan kadar kelahiran di republik itu.

Ia disuarakan Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS) yang mendedahkan antara fokus utamanya mengatasi masalah kesuburan menyeluruh (TFR) yang mencapai paras terendah 1.16 peratus tahun lalu.

Cabaran utama bagi mereka ialah menggalakkan lebih ramai orang bujang berumah tangga, kata Pemangku Menteri Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan, Mejar-Jeneral (Kerahan) Chan Chun Sing, kelmarin. "Punca bagi kadar kelahiran rendah disebabkan ramai yang masih belum berumah tangga. Bagi mereka yang sudah berumah tangga pula, perangkaan menunjukkan prestasi yang baik (dari segi kadar mempunyai zuriat)," kata Chan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Pendaftar Perkahwinan (ROM) dan Pejabat Pendaftar Pernikahan Orang Islam (ROMM) yang sudah hampir selesai menjalani kerja menaik taraf.

Chan menambah, satu lagi cabaran adalah menyediakan lebih banyak peluang bagi golongan bujang bertemu jodoh dalam suasana kehidupan yang sibuk di republik ini.

Kata Chan, kerajaan akan berusaha sedaya upaya demi menggalakkan pasangan supaya berumah tangga pada peringkat awal tetapi pada akhirnya keputusan itu terletak pada individu sendiri
"Pada akhirnya, kita perlu membuat satu komitmen untuk berkenalan dengan orang lain, untuk menyayanginya dan menyatakan kesanggupan untuk hidup bersama, itu lebih penting daripada apa pun prasarana atau insentif ketara yang boleh ditawarkan pemerintah," katanya.

Chan berkata, kementeriannya sedang memantau dengan teliti kadar perceraian yang meningkat, yang menurutnya bukan hanya menjejaskan republik ini turut dihadapi negara lain.

Secara purata, ROMM menerima 50 pendaftaran nikah orang Melayu/Islam setiap hari dengan 89 peratus pernikahan dijalankan di luar ROMM, berbanding 75 peratus bagi perkahwinan awam. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nielsen akui intim dengan Schwarzenegger

Posted: 07 Jun 2011 03:07 PM PDT

Dunia

Aktres jalin hubungan sebelum pelakon 'Terminator' kahwin Shriver

LOS ANGELES: Ketika pembikinan filem aksi Red Sonja pada 1985, dua pelakon utamanya, Arnold Schwarzenegger dan Brigitte Nielsen menjalin hubungan sulit.

Perkara itu didedahkan Nielsen yang menyifatkan mereka saling tertarik tetapi sedar ia akan berakhir selepas pembikinan filem tamat. "Kami mencuba dan melakukan semuanya. Tiada sekatan, tiada janji, tiada apa-apa dan ia hanya saat yang paling menggembirakan dalam hidup saya," katanya.
Perkahwinan Schwarzenegger dengan anggota keluarga Kennedy, Maria Shriver berakhir selepas pelakon Terminator itu dituduh mempunyai seorang anak luar nikah dan 'terlalu aktif' di ranjang semasa bujang.

Lima tahun lalu, Nielsen mengahwini bekas model Mattia Dessi yang berusia 32 tahun, 15 tahun lebih muda.

"Saya bimbang dengan jurang umur kami. Tetapi, saya realistik. Dia muda dan tampan tetapi dia yang mahu berkahwin. Saya harap hubungan kami kekal," kata pelakon itu yang lima kali berkahwin dan ada empat cahaya mata.
Schwarzenegger mungkin tidak tidak senang duduk ketika ini, tetapi Nielsen masih mempunyai beberapa pujian yang baik mengenainya.

Schwarzenegger dan Nielsen pernah menjadi bahan bualan ketika pertengahan 1980-an. Ketika itu, Schwarnegger belum mengahwini Shriver walaupun berpacaran.
"Sejauh mana dia serius dalam hubungan kami, saya pun tidak tahu. Dia tidak pernah membuka mulut mengenainya. Kehidupannya seperti hanya saya saja untuknya.

"Kemudian saya sedar dia ada hubungan dengan Maria. Saya rasa tertipu. Mungkin saya akan berang jika dia kata 'saya akan kahwin dengan Maria dan ini serius, tetapi dia tidak kata apa-apapun dan hubungan kami diteruskan," kata Nielsen (atas).

Ditanya sama ada Schwarnegger pernah mengajaknya berkahwin, sambil ketawa Nielsen berkata: "Tentunya tidak."

"Jika dia mengahwini saya tentunya dia tidak jadi Gabenor California, Schwarzenegger pada ketika itu sangat menyeronokkan. Beliau profesional dan lucu.

"Di akhir penggambaran Red Sonja, dia pernah beritahu saya yang satu hari nanti dia akan jadi Gabenor California dan kami ketawa tetapi saya dapat rasakan impian itu akan tercapai," katanya.

Meskipun dituduh tidak sopan dan kuat seks, Schwarzenegger katanya, sangat romantik. – Agensi


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan