Ahad, 5 Jun 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Jutawan tak tahu baca

Posted: 04 Jun 2011 08:03 AM PDT

LONDON: Seorang jutawan yang tersenarai selaku antara orang paling kaya di Britain semalam membuat pengakuan mengejut - dia tidak tahu membaca.

Andreas Panayiotou, 45, tidak boleh mengisi sendiri borang pasport paling mudah.

Dia juga terpaksa memberi tumpuan untuk mentafsirkan tanda jalan apabila memandu.

Bapa lima anak itu yang mempunyai kekayaan mencecah 400 juta (RM2 bilion) dan menduduki tangga ke-200 orang paling kaya di Britain mengaku: "Ketika kanak-kanak, saya berusaha sedaya upaya untuk membaca.


"Tetapi otak saya tidak dapat mentafsirkan huruf yang membentuk perkataan itu."


Selepas meninggalkan sekolah pada usia 14 tahun tanpa sijil, dia belajar mengatasi masalah disleksia yang dihadapinya itu dengan menghafal bentuk perkataan penting.

Bekas peninju itu yang dilahirkan di London dari keluarga keturunan Greek Cyprot bagaimanapun berkata: "Saya menghadapi masalah besar apabila menemui perkataan yang saya tidak pernah jumpa.

"Di jalan raya, saya tyerpaksa menumpukan perhatian sepenuhnya untuk membaca tanda jalan. Ia sentiasa merisaukan saya.

"Mengisi borang seperti kawalan kastam juga menjadi masalah."

Meskipun buta huruf, Panayiotou kini memiliki tiga pesawat, satu daripadanya jet Gulfstream berharga 40 juta (RM200 juta), dan sebuah kapal layar berharga 12 juta (RM60 juta).

Dia tinggal di rumah di Epping Forest, Essex, yang kawasan tanahnya seluas 20 ekar.

Panayiotou yang menyuarakan hasrat untuk membantu mereka yang mengalami disleksia sepertinya berkata: "Ketika kanak-kanak, saya tidak suka membaca. Apabila dewasa, saya mengatur kehidupan seharian saya supaya dapat mengelak daripada membaca." - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rooney usaha atasi masalah botak

Posted: 04 Jun 2011 08:02 AM PDT

LONDON: Wayne Rooney (gambar) dilapor menjalani rawatan secara sulit untuk mengatasi masalah botak.

Bintang bola sepak pasukan Manchester United dan England yang berusia 25 tahun itu itu dilihat meninggalkan sebuah klinik di Harley Street yang sessi rawatan untuk pelanggan VIP berharga beribu-ribu ringgit, baru-baru ini.


Satu sumber berkata, Rooney menempah dua hari untuk menjalani rawatan rambutnya.

"Dia akan kelihatan lima tahun lebih muda," kata sumber itu.


Rooney, yang digantung untuk perlawanan menentang Switzerland dalam pusingan kelayakan Euro 2012 di Wembley malam tadi, menutup kepalanya ketika meninggalkan Pusat Perubatan Queen Anne di Hartley Street, London Tengah, Khamis lalu.


Dia enggan diwawancara ketika memasuki sebuah kereta. Rooney sebelum ini pernah cuba makan pil dan menggunakan losyen untuk mengatasi masalah botaknya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan