Harian Metro: Global |
Posted: 04 Apr 2011 10:47 AM PDT BENGHAZI: Pemberontak Libya semalam menegaskan, seluruh anggota keluarga Muammar Gaddafi perlu meninggalkan negara itu sebelum sebarang gencatan senjata dengan tentera rejim itu boleh dilaksanakan. Akhbar New York Times melaporkan, dua anak pemimpin Libya itu menawar diri untuk menyelia peralihan kepada pemerintahan demokrasi berperlembagaan yang akan turut membabitkan penyingkiran bapa mereka.
"Gaddafi dan anak mereka mesti meninggalkan Libya sebelum sebarang rundingan diplomatik boleh dilaksanakan," kata jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan, Shamseddin Abdulmelah.
New York Times memetik seorang diplomat dan seorang pegawai Libya yang tidak disebut namanya sebagai berkata, peralihan kuasa itu akan diketuai oleh anak Gaddafi, Seif al-Islam.
"Orang ramai menyangka dia adalah reformis tetapi sejak revolusi bermula, dia menunjukkan siapa dirinya sebenar. Dia sama saja dengan bapanya," kata jurucakap itu. - Reuters Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 04 Apr 2011 10:45 AM PDT BREGA: Pemberontak Libya berdepan dengan serangan besar-besaran daripada tentera Muammar Gaddafi ketika mereka mara ke bandar minyak utama ini, semalam. Anggota kumpulan berkenaan berada kira-kira satu kilometer dari Universiti Brega, tempat mereka mendirikan pusat pemeriksaan sebelum tentera Gaddafi mula mengebom mereka. Kumpulan pemberontak pernah menawan bandar berkenaan sebelum berundur beberapa hari lalu.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Global To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan