Ahad, 3 April 2011

Harian Metro: Global

Harian Metro: Global


Saif al-Islam belot?

Posted: 02 Apr 2011 08:31 AM PDT

LONDON: Anak lelaki Muammar Gaddafi, Saif al-Islam, didakwa mencuba beberapa kali menghubungi perisik Britain dan Itali, dipercayai dalam usahanya berpaling tadah daripada rejim pemimpin Libya itu.

Menurut sumber perisikan Britain, agensi rahsia MI6 berhubung dengan tokoh yang berpengaruh dalam kerajaan Gaddafi itu beberapa kali sejak tiga minggu lalu.


Katanya, ada tanda-tanda menunjukkan Saif al-Islam, 38, bersama ahli keluarganya akan bertindak mengkhianati Gaddafi.

"Bagaimanapun, kami menegaskan Saif al-Islam tidak boleh memainkan peranan bagi Libya pada masa depan," katanya.


Pada masa sama, sumber itu berkata, pegawai perisikan mungkin dibenarkan masuk ke Britain jika dia benar-benar mahu berpaling tadah seperti dilakukan Menteri Luar Libya, Musa Kusa, yang menaiki pesawat peribadi dari Tunisia ke Farnborough Khamis lalu.


Sementara itu, pegawai kanan Libya mendakwa, hubungan Saif dengan pegawai negara luar adalah sebahagian daripada usaha tokoh yang rapat dengan Gaddafi mencari jalan selamat meninggalkan negara itu.

Bekas Perdana Menteri Libya, Abdul Ati al-Obeidi, berkata mereka menghubungi pegawai Britain, Perancis dan AS supaya berhenti membunuh warga Libya.


"Kami cuba mencari persefahaman dengan mereka," katanya.

Sumber lain berkata, Saif al-Islam yang mempunyai hubungan rapat dengan Britain mencari jalan mendapatkan persetujuan Barat mengenai rancangannya melarikan diri dari Libya.


"Kami menegaskan, selain Saif al-Islam, bapanya juga mesti berundur," katanya.


Sumber kerajaan pula mengesahkan pegawai Kementerian Luar Britain mengadakan perbincangan lebih 30 minit dengan orang kepercayaan Saif al-Islam, Mohammed Ismail, di London awal minggu ini. - DM

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3 jet Sweden berlepas bantu Nato kawal Libya

Posted: 02 Apr 2011 08:27 AM PDT

STOCKHOLM: Tiga jet pejuang meninggalkan Sweden, semalam untuk menyertai misi menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya.

Jurucakap tentera udara negara itu, Rickard Wissman, berkata pesawat JAS 39 Gripen meninggalkan pangkalan Blekinge di utara Sweden kira-kira jam 4 petang (waktu Malaysia).


Katanya, jet itu dijangka tiba di pangkalan tentera udara di Sardinia empat jam kemudian.

"Empat lagi jet dijadual berlepas untuk menyertai misi berkenaan esok (hari ini)," katanya.


Wissman berkata, sebaik mendarat, tiga jet pertama itu bersedia menjalankan tugas membantu Nato mengawasi ruang udara Libya.


Kelmarin, ahli parlimen Sweden meluluskan usul menghantar sehingga lapan jet pejuang dan satu pesawat pengangkut menyetai misi diketuai Nato.

Bagaimanapun, jet itu dilarang mengebom tentera darat Libya, kecuali diserang. - AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan